Login

Forgot Password

Kenyataan Etika


Ini ialah kenyataan etika jurnal Komunikasi Borneo (JkOB) yang diterbitkan oleh Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan. Kenyataan ini diadaptasi daripada prinsip-prinsip Jawatankuasa Etika Penerbitan (COPE) dan merangkumi kod etika bagi ketua editor, Editorial, pewasit dan penulis.

Tanggungjawab Penulis


  • Bertanggungjawab memastikan hanya penulisan asli dan terkini sahaja yang dihantar
  • Artikel tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana jurnal sebelum ini
  • Artikel tidak dalam proses wasit atau dalam proses penerbitan dalam mana-mana jurnal
  • Artikel hanya dibenarkan di terbit di tempat lain setelah menerima surat penolakan rasmi daripada penerbit atau penulis memohon penarikan artikel yang telah diterima secara rasmi oleh penerbit
  • Mesti memaklumkan kepada Ketua Editor atau penerbit apa-apa ketidaktepatan data dalam penerbitan artikel supaya pembetulan atau penarikan balik artikel boleh dilakukan

Tanggungjawab Penilai


  • Mesti menjelaskan apa-apa kepentingan (sekiranya ada) sebelum menerima artikel untuk penilaian
  • Boleh menolak untuk menilai apa-apa penghantaran artikel yang mempunyai unsur percanggahan kepentingan atau isu-isu yang mewujudkan konflik
  • Memaklumkan apa-apa pelanggaran etika yang ditemui ketika sesi penilaian dan memaklumkan kepada Ketua Editor untuk tindakan lanjut
  • Memastikan keaslian artikel yang dinilai dan sentiasa memastikan tidak wujud unsur plagiat dalam artikel serta tiada penerbitan yang bertindih
  • Tidak boleh membincangkan isi kandungan artikel yang dinilai tanpa mendapat persetujuan pihak penerbit
  • Mematuhi tarikh penilaian yang ditetapkan oleh penerbit. Mohon tambahan masa untuk penghantaran laporan penilaian sekiranya perlu daripada Ketua Editor

Tanggungjawab Ahli Lembaga Editorial


  • Memberi sumbangan yang aktif dalam pembangunan dan masa depan jurnal yang lebih baik
  • Bertindak sebagai duta kepada jurnal
  • Secara berterusan menyokong dan mempromosi jurnal.
  • Sentiasa membuat penilai kepada kerja yang diberikan

Tanggungjawab Ketua Editor


  • Menilai manuskrip secara adil dan saksama berdasarkan merit intelektual
  • Memastikan kerahsiaan manuskrip dengan tidak memberikan apa-apa maklumat berhubung manuskrip yang diterima selain daripada pihak yang terlibat dalam proses penerbitan
  • Bertanggungjawab menentukan tarikh dan tajuk artikel yang akan diterbitkan
  • Secara aktif mendapatkan pandangan daripada ahli jawatankuasa, penilai dan penulis bagaimana untuk meningkatkan/menaikkan imej dan keberadaan jurnal
  • Memberikan panduan yang jelas kepada penyumbang yang berpotensi melalui penerangan dalam proses penghantaran manuskrip
  • Memastikan penilai yang dilantik terdiri daripada mereka yang berkelayakan dalam bidang masing-masing

Plagiat


  • Penulis mesti menghantar hanya karya asal yang tidak mempunyai unsur-unsur plagiat dan tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana penerbitan atau sedang dipertimbangkan untuk diterbitkan. Perisian yang sesuai boleh digunakan bagi membuat semakan persamaan manuskrip yang diserahkan dengan tidak melebihi 25%. Kenyataan palsu dan tidak tepat adalah tidak dibenarkan. Hasil kerja/perkataan daripada penerbitan lain mesti dipetik dengan menggunakan gaya penulisan terkini (APA version 6)