Login

Forgot Password

Kata aluan Penasihat Jurnal Komunikasi Borneo

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalammualaikum waramatulahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah berhasil menerbitkan sulung kalinya Jurnal Komunikasi Borneo atas talian.

Antara objek Jurnal Komunikasi Borneo ialah falsafah, teori dan interpretasi dalam bidang komunikasi, khususnya, kajian di Borneo yang meliputi Negara Brunei Darussalam, Kalimantan Indonesia, Sarawak dan Sabah, Malaysia. Ia juga sebagai wadah utama dalam perkongsian hasil penyelidikan antara penyelidik Universiti Malaysia (UMS) dan university luar, intitusi penyelidikan dan/atau Majlis Penyelidikan Borneo dari pelbagai jurusan ilmu berkaitan dengan komunikasi di Borneo.

Selain itu, sebagai alternatif terbaik kepada pelajar intitusi pendidikan tinggi awan/swasta (IPTA/S) dan pengkaji dalam dan luar Negara untuk mengakses artikel berkaitan dengan komunikasi yang mengkhusus mengenai Borneo.

Akhir kata, saya mempelawa sumbangan artikel dan ringkasan penyelidikan (articles and research notes) serta ulasan buku (book review) yang berkaitan bidang komunikasi di Borneo. Saya juga menyeru dalam bidang komunikasi menggunakan agar para pensyarah dan juga pascasiswazah dalam bidang komunikasi menggunakan wadah ini untuk menerbitkan artikel. Ini adalah selaras dengan syarat pascasiswazah dalam bidang Universiti Malaysia Sabah yang mewajibkan penerbitan artikel berwasit sebelum layak di anugerahkan Ijazah Sarjana dan kedoktoran.

Sekian, terima kasih. Wabillahi’taufik walhidayah. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

PROF.DATO’ HAJI MOHD HAMDAN HAJI ADNAN

Penasihat Jurnal Komunikasi Borneo.,
Dekan
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan,
Universiti Malaysia Sabah