Login

Forgot Password

Journal list

Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Perhubungan Raya Berkesan Meningkatkan Kesedaran Rakyat Sabah Kepada Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh Kerajaan

Mohd Hamdan Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : Kerajaan, maklumat, informasi, perhubungan raya, pembangunan, perkhidmatan, perhubungan raya dan pendapat umum/awam.

Abstract : Kertas kerja ini adalah hasil suatu kajian untuk mengetahui sama ada rakyat Sabah sebagai pengguna perkhidmatan dan kemudahan kerajaan sedar mengenai kewujudannya serta memiliki maklumat yang mencukupi terhadapnya serta penggunaan dan tahap kepuasan mereka mengenainya. Ia juga berusaha untuk mengetahui sama ada perhubungan raya kerajaan membantu memaklumkan kepada rakyat setiap perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Juga, kajian ini berusaha untuk memperoleh pendapat umum mengenai dan kesannya terhadap mereka. Kajian turut berusaha untuk menentukan media manakah yang paling berkesan dalam menggalakkan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan awam yang disediakan. Seterusnya, kajian mahu menentukan perkhidmatan dan kemudahan yang paling diperlukan serta yang sangat dihargai. Andaian kajian ini ialah kian banyak maklumat mengenai sesuatu perkhidmatan ini semakin ia disedari dan dihargai dan lebih digunakan. Ia juga mempercepatkan proses transformasi positif negara untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Maklumat atau informasi boleh diperoleh secara pendedahan kepada media dan pengalaman sendiri. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan rawak menggunakan soalan-soalan yang telah disediakan dan dianalisis menggunakan SPSS. Di antara penemuan tinjauan ini ialah hampir kesemua responden menyedari akan perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan di mana pengalaman sendiri menjadi sumber utama kepada pengetahuan atau pendapat mengenainya. Turut ditemui ialah responden yang cenderung untuk tidak berpuas hati atau lebih kritikal terhadap mutu kemudahan dan perkhidmatan yang sediakan oleh kerajaan adalah ahli-ahli parti pembangkang atau pertubuhan bukan kerajaan. Namun begitu, turut ditemui adalah tidak ramai responden yang menjadi ahli kepada parti politik mahu pun pertubuhan bukan kerajaan dengan hanya 18% mengaku sedemikian. Rumusan artikel ini adalah pihak kerajaan perlu meningkatkan lagi PR kerajaannya supaya setiap perkhidmatan dan kemudahannya lebih disedari,digunakan serta dihargai

Download Hit : 2771

More Info | Full Paper


Penjenamaan Rtm : Kajian Radio Rtm Sabah

Mahat Jamal

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : Penjenamaan RTM, dasar kerajaan, Radio RTM , RTM Sabah, audiens

Abstract : Penjenamaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru siaran dan program RTM supaya releven dalam perkembangan dunia penyiaran masa kini. Cabaran yang dihadapi oleh RTM tertumpuh kepada peranan dwifungsi utamanya iaitu tanggungjawab sebagai jabatan kerajaan di samping sebuah organisasi penyiaran yang perlu memenuhi citarasa audiens yang sentiasa berubah. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman audiens terhadap polisi dan dasar kerajaan disamping sajian hiburan yang sesuai kepaada masyarakat umum. Kertas ini membincangkan penjenamaan semula RTM secara besar-besaran pada 1 April 2005 dan kesannya terhadap pendengar radio di Sabah umumnya dan siaran radio RTM Sabah khususnya (Sabah fm, Sabah V fm, Sandakan fm dan Tawau fm) setelah 5 bulan dilaksanakan. Seramai 500 responden telah ditemuramah menggunakan kaedah borang soal selidik terhadap pendengar radio di Sabah termasuk radio RTM Sabah. Hasil kajian mendapati seramai 436 responden (87.2%) telah mendengar radio di Sabah. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 44% responden sedar berlakunya penjenamaan semula radio RTM dengan majoritinya memberi penilaian tinggi terhadap pembaharuan nama saluran (88%) berbanding dengan nama program (42.2%) dan lagu pengenalan (39.3%). Seramai 92.7% responden bersetuju bahawa penjenamaan semula radio RTM dapat menarik minat pendengar untuk mengikuti radio RTM walaupun telah wujud stesen-stesen radio swasta dan munculnya media baru yang memberikan saingan kepada siaran radio RTM Sabah.

Download Hit : 3923

More Info | Full Paper


Ulasan Buku: Media dan Masyarakat Muslim

Nordiana Zainuddin

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : ulasan buku

Abstract : ulasan buku : Mohd Yusof Hussain, Media dan Masyarakat Muslim, Pusat Kajian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2006, ISBN 983-3855-08-3, 259 muka surat.

Download Hit : 1314

More Info | Full Paper


Tepak Sirih: Interpretasi dan Persepsi Dalam Masyarakat Malaysia-Indonesia

Norhuda Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : tepak sirih, komunikasi, komunikasi bukan lisan

Abstract : Malaysia-Indonesia mempunyai pertalian daripada segi budaya semenjak sebelum zaman penjajahan asing di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sehubungan itu banyak warisan budaya kedua negara mempunyai persamaan samada daripada segi bentuk, penggunaan mahupun interpretasi serta persepsi masyarakatnya. Salah satu warisan budaya Malaysia-Indonesia yang banyak ditemui di muzium kedua-dua negara ialah tepak sirih. Penulisan ini mengenalpasti dan mengkaji peranan tepak sirih sebagai alat komunikasi bukan lisan dalam masyarakat Malaysia-Indonesia. Kajian hanya melibatkan penggunaan tepak sirih dalam adat perkahwinan masyarakat kedua negara sahaja. Kajian awal ini menggunakan kaedah analisa teks dan pemerhatian. Pada dasarnya adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia mempunyai maksud yang sama. Penggunaan tepak sirih dalam adat perkahwinan daripada segi bentuk dan material walaubagaimanapun menunjukkan perbezaan yang amat ketara. Contoh tepak sirih yang digunakan dalam adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia diperolehi daripada sumber muzium kedua-dua negara. Masyarakat Malaysia-Indonesia menjadikan tepak sirih sebagai sesuatu yang amat penting dalam pelaksanaan adat. Sehingga kini tepak sirih masih kekal berperanan dalam adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia. Pengekalan warisan budaya Malaysia-Indonesia ini terus diwarisi dan dipeihara serta dipulihara oleh pihak muzium kedua negara.

Download Hit : 3960

More Info | Full Paper


Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Faktor-Faktor Penentuan Kemenangan Di Sabah

Haji Mohd Hamdan Haji Adnan & Mahat Jamal

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : sabah, pru13

Abstract : Persekitaran politik Sabah umumnya disifatkan sebagai bank pengundi atau “simpanan tetap” oleh Kerajaan Persekutuan atau Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan bahawa Sabah adalah “simpanan tetap” politik BN. Najib menyatakan akan memelihara dan menambahbaik “simpanan tetap” tersebut untuk memastikan BN terus berkuasa. Malahan Pakatan Rakyat (PR) juga mengiktirafnya dan cuba menjadikannya sebagai salah satu strategi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) dalam usaha mereka menawan Putrajaya. Di Sabah terdapat 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parliamen untuk ditandingi. Dalam PRU ke-12 tahun 2008 BN menang 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Bagaimanapun dengan keluarnya Parti Maju Sabah (SAPP) daripada BN menyebabkan BN kekurangan 2 kerusi Parlimen. Komposisi parti politik dalam DUN Sabah sebelum PRU ke-13 ialah BN 57 kerusi, SAPP 2 kerusi dan DAP 1 kerusi. Dalam PRU ke-13 BN mengekalkan 48 kerusi DUN, kalah 11 kerusi. PR memenangi 11 kerusi, dan parti baru tempatan Sabah, Parti Refomasi Negeri (State Reform Party, STAR) menang satu kerusi melalui Presidennya Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Sebuah lagi parti tempatan yang mempunyai dua kerusi sebelum PRU ke-13 tidak memenangi sebarang kerusi. Sangat menarik diperhatikan, parti pembangkang pada awalnya yakin mempunyai peluang menang lima puluh-lima puluh untuk menawan Sabah dalam memenuhi impian mereka membentuk Kerajaan Persekutuan. Semangat ini dikongsi bersama melalui blog-blog media sosial dalam internet. Bagaimanapun dengan promosi media perdana yang berterusan terhadap parti-parti pemerintah, gelombang kemenangan menyebelahi BN dibandingkan dengan PR. Kertas ini membincangkan strategi-strategi dan isu-isu yang digunakan parti-parti politik semasa PRU ke-13 di Sabah. Kertas ini juga melihat impak pencerobohan pengganas Suluk di Lahad Datu dan kecendorongan parti-parti politik mengeksploitasi insiden tersebut bagi manafaat politik mereka. Kajian ini menggunakan kaedah temuramah seramai 20 personaliti tempatan, 100 pelajar dan 100 pengundi di Kiulu, Tuaran. Dalam pertandingan kerusi DUN N. 12 Kiulu majoriti kemenangan BN hanya 44 undi dan pemenangnya dilabel sebagai YB 44 atau Yang Berhormat 44 atau Datuk 44.

Download Hit : 3911

More Info | Full Paper


Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja Malaysia

Haryati Abdul Karim

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-07-04

Keywords : Globalisasi, Identiti, Refleksiviti-diri, Media, Remaja

Abstract : Artikel ini menumpu kepada pembentukan identiti melalui penggunaan media di kalangan remaja dari pelbagai etnik ekoran daripada proses globalisasi. Selain itu, ia juga ingin melihat kedudukan etnisiti dan agama yang menjadi asas identiti budaya tempatan dalam kehidupan remaja dalam konteks globalisasi ekoran dari penggunaan media global. Dengan bersandarkan pada kerangka teoritikal yang melihat ‘identiti’ sebagai sesuatu yang bersifat mudah ubah dan fleksibel serta konsep reflexivity, artikel ini cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut. Dapatan yang diperolehi daripada 48 orang remaja Melayu, Cina, India dan Kadazandusun, melalui kaedah temubual kumpulan fokus serta tinjauan menggunakan kaedah Diari mendapati proses ‘refleksiviti-diri’ membawa kepada dua proses pembentukan identiti iaitu pengukuhan identiti budaya tempatan serta pengadunan nilai budaya global seperti liberalism sebagai sebahagian daripada identiti remaja. Apa yang signifikan di sini ialah bagaimana nilai liberalism yang disanjungi remaja dijadikan asas untuk mereka mempersoalkan pandangan dominan dalam negara.

Download Hit : 6826

More Info | Full Paper


Sepuluh Tahun Sabah dalam Malaysia: Satu Analisis Akhbar Tempatan

Abd. Latif Lai Abdullah & Haryati Abd. Karim

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-07-04

Keywords :

Abstract : Kertas kerja ini merupakan satu usaha awal untuk menilai ataupun menganalisis sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh akhbar tempatan dalam 10 tahun pertama (1964-1974) pembentukan Malaysia. Analisis dilakukan terhadap berita-berita muka depan akhbar Daily Express dan Kinabalu Sabah Times (The New Sabah Times). Dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar tempatan tidak berjaya memainkan peranan merapatkan hubungan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur. Apa yang berlaku, akhbar tempatan lebih mengutamakan berita politik antarabangsa serta berita sosial tempatan.

Download Hit : 4340

More Info | Full Paper


FUNGSI DAN PERANAN ESSCOM DALAM MENJAMIN KESELAMATAN SABAH: Satu Perbandingan Persepsi antara Komuniti ‘Luar’ dan Komuniti ESSZONE1

Ramli Dollah & Mohd Zambri Suharani

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-03-13

Keywords : ESSCOM, ESSZONE, keselamatan, Lahad Datu, komuniti, persepsi

Abstract : Makalah ini bertitik tolak daripada persoalan metedologi dan epistemologi dalam memahami persoalan keselamatan di negeri Sabah melalui penubuhan ESSCOM. Bagi mengatasi masalah ini, penulis cuba memberikan alternatif baru mengenai persoalan ini dengan menjelaskan isu ini daripada kacamata penduduk di lapangan. Dengan kata lain, makalah ini cuba untuk melihat persepsi komuniti di kawasan terpinggir dan kurang merupakan mendapat tempat di media massa dan media eltronik. Untuk tujuan tersebut, makalah ini melihat perbandingan persepsi ‘orang luar’ dan juga penduduk di Pantai Timur Sabah (atau dikenali sebagai komuniti ESSZONE) terhadap penubuhan dan fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk terutamanya di wilayah ESSZONE. Makalah memfokuskan kepada beberapa kawasan di gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu yang meliputi beberapa kawasan seperti Felda Sahabat, Lok Buani dan Tambisan. Makalah ini melihat bahawa ESSCOM ditubuhkan untuk menjamin keselamatan penduduk dalam komuniti ESSZONE. Oleh itu, apapun persepsi yang wujud mengenai penubuhan ESSCOM, makalah ini melihat ianya perlu dilihat dari perspektif ‘orang dalam’ iaitu komuniti ESSZONE sendiri. Makalah mendapati bahawa penubuhan ESSCOM adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit. Persepsi ini berbeza dengan persepsi sebahagian masyarakat luar yang melihat penubuhan ESSCOM sebagai satu ‘pembaziran’, ‘projek gajah putih’ dan ‘patut dibubarkan’. Dalam menyiapkan makalah ini, kombinasi kaedah temubual dan borang soal selidik sebagai sumber utama dalam mendapatkan data di samping kaedah penyelidikan arkib, internet dan perpustakaan digunakan bagi menyokong hujah yang dinyatakan.

Download Hit : 6298

More Info | Full Paper


Aplikasi Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat dalam Wacana di Laman Sosial dan Portal Berita

Syahruddin Hj. Awg. Ahmad

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-06

Keywords : bingkai diagnostic, prognostic dan motivational (DPM), justifikasi pendapat, proposisi bingkai DPM

Abstract : Foucault (1994) menyatakan bahawa wacana yang memuatkan konsep perlakuan lisan yang ideal berfungsi sebagai satu kaedah mempersembahkan aliran pemikiran yang boleh membantu seseorang ahli masyarakat menerapkan ideologi dan aspirasinya kepada ahli masyarakat yang lain mengikut konteks isu atau situasi semasa dalam masyarakat tersebut. Pandangan Foucault ini dipersetujui oleh Fairclough (2003) yang menjelaskan bahawa wacana mengikut konteks boleh menggunakan bahasa ujaran (lisan) dan komunikasi tanpa ujar (bukan lisan). Malah, Fairclough dan Wodak (1997) yakin bahawa wacana wujud dalam hampir semua situasi dan tujuan. Pandangan Fairclough dan Wodak ini selaras dengan aktiviti wacana di ruangan forum akaun Facebook Pemuda UMNO Malaysia dan dua portal berita iaitu Malaysiakini.com dan Harakahdaily.net. Ketiga-tiga ruangan forum ini diuji menggunakan Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat menggunakan pendekatan mengklasifikasikan data menggunakan deskriptor petunjuk corak dan aliran pendapat, menghuraikan proposisi bingkai diagnostic, prognostic dan motivational (DPM) dan justifikasi hujah pendapat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat pola ideologi dan tujuan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara dalam hampir setiap hujah pendapat yang dikemukakan oleh setiap peserta wacana di ruangan forum laman sosial dan portal berita.

Download Hit : 645

More Info | Full Paper


Survey Analysis on Universiti Malaysia Sabah Radio Campus (KKFM)

Mohd. Hamdan Hj. Adnan & Haji Mahat Jamal

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-06

Keywords : KKFM, Survey Analysis

Abstract : -

Download Hit : 537

More Info | Full Paper


Peranan Media Massa Memartabatkan Integriti Nasional

Mohd Hamdan Haji Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-06

Keywords : Media massa, majlis media, media sosial, integriti nasional dan reputasi

Abstract : Artikel ini membincangkan mengapa media massa perlu memelihara dan memartabatkan integriti nasional dan apakah padahnya jika ia tidak berfungsi sedemikian. Antara isu lain yang turut dibincangkan ialah pendekatan untuk memelihara integriti nasional, perundangan media massa yang mendukung usaha memartabatkan profesion kewartawanan, penubuhan majlis media dan peranan SUHAKAM selaku badan yang menjaga kebebasan bersuara serta membela kepentingan rakyat daripada sebarang penindasan terhadap hak asasi manusia.

Download Hit : 22403

More Info | Full Paper


Kajian Teori Transportasi ke Atas Pembacaan Novel dalam Kalangan Remaja

Fatimah Haji Saidin and Jamilah Haji Ahmad

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-10

Keywords : Novel, Teori Transportasi, Remaja, Kaedah Kualitatif, Analisis Tematik Collaizzi,Novel, Transportation Theory, Qualitative Methodology, Collaizzi Thematic Analysis.

Abstract : Teori Transportasi adalah perasaan kenikmatan yang menyumbang kepada keseronokan melalui media. Teori ini menerangkan mengenai kesan pemujukan dari penceritaan fiksyen dan bukan fiksyen dalam penulisan, percakapan dan sebarang format audio. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai pengalaman transportasi yang dialami oleh para pembaca novel dalam kalangan remaja dan melihat sejauh mana kesan transportasi ini memberi kesan terhadap perubahan diri remaja. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif separa berstruktur melalui temu bual secara mendalam. Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang remaja yang merupakan peminat novel tegar dan menganggotai kelab-kelab peminat novel. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah tematik Colaizzi (1978). Hasil kajian mendapati kesan akibat pembacaan novel adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Teori Transportasi Green dan Brock (2002) iaitu teori ini terpakai kepada majoriti pembaca novel dalam kalangan remaja di Malaysia, tetapi perbezaannya adalah dari segi tahap kesan terhadap peserta.
Transportation theory is defined as action that indulges into a story which contributes to excitement gain through media. This theory explains the effects of narrative persuasion in fiction and non-fiction writing, conversation and any form of audio format. The purpose of this study is to investigate youth transportation reading experience and also to examine the effects of transportation towards development of youth. Data was collected using qualitative methods through semi structured in-depth interview. The samples consist of ten novel avid readers who are also members of novel fan club. Data was then analysed using Colaizzi (1978) thematic analysis. The findings of this study support Green and Brock (2002) Transportation Theory assumptions that this theory applied to majority of young novel readers in Malaysia, however the discrepancies are from the level of effect toward participant.

Download Hit : 3430

More Info | Full Paper


Ulasan Buku: Kerajaan dan Perhubungan Awam Politik: Sebuah Mukadimah

Nordiana Zainuddin

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-15

Keywords : Ulasan Buku

Abstract : Mohd Hamdan Adnan, Kerajaan dan Perhubungan Awam Politik: Sebuah Mukadimah, University Publication Centre (UPENA), UiTM, 2010, ISBN 978-967-305-406-0, 350 muka surat.

Download Hit : 1320

More Info | Full Paper


Akhbar Melayu dan Isu Ekonomi Masyarakat Melayu Dekad 1930-an

A Rahman Tang Abdullah, Abdul Rashid Salleh

Volume : Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS) 2015

Publication Date : 2015-10-20

Keywords :

Abstract :

Download Hit : 2175

More Info | Full Paper


Teori Penentuan Agenda dan Pemilihan Berita Buruh Kanak-Kanak: Satu Kajian Rintis dalam Akhbar Terpilih di Malaysia

Norhuda Salleh, Dzurizah Ibrahim

Volume : Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS) 2015

Publication Date : 2015-10-20

Keywords : penentuan agenda, buruh kanak-kanak, media, analisis kandungan

Abstract : Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mencorakkan masa depan sesebuah negara. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan hak yang sewajarnya. Paling utama ialah hak kepada akses pendidikan yang merupakan salah satu agenda dalam Program Transformasi Kerajaan 1.0. Walau bagaimanapun masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasi kanak-kanak untuk dijadikan sebagai buruh. Agak mengejutkan apabila Malaysia dilabel sebagai salah sebuah negara yang berpotensi dalam aktiviti buruh kanak-kanak. Hal ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Maplecroft, sebuah agensi bebas mengenai penggunaan buruh kanak-kanak yang berpangkalan di United Kingdom. Kajian ini merupakan kajian rintis untuk mengenal pasti pemaparan berita buruh kanak-kanak dalam akhbar terpilih. Analisa data dilakukan bagi tempoh sepuluh tahun (2005-2013). Data diperoleh melalui pangkalan data Utusan Malaysia dan juga Bernama. Hasil kajian menunjukkan Kosmo! lebih melaporkan berita berkaitan buruh kanak-kanak berbanding Utusan Malaysia. Pelaporan berita buruh kanak-kanak melibatkan negara luar adalah tinggi berbanding dalam Malaysia.

Download Hit : 8383

More Info | Full Paper


Keberkesanan Mata Pelajaran Sejarah dalam Membina Etos Bangsa Generasi Muda di Malaysia

Mansor Mohd. Noor, Khairul Ghufran B. Kaspin

Volume : Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS) 2015

Publication Date : 2015-10-20

Keywords : Mata pelajaran sejarah, etos bangsa, etnik dan sejarah negara

Abstract : Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa generasi muda di Malaysia mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap kefahaman mereka tentang sejarah negara. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih sebagai lokasi kajian. Pemilihan responden pula adalah seramai 400 ratus pelajar yang dipilih secara rawak dari empat fakulti terpilih yang dikategorikan sebagai fakulti A, B, C, dan D. Setiap 100 orang responden dipilih dari setiap fakulti dan pemilihan responden dikategorikan mengikut etnik masingmasing seperti Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Cina dan India. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik. Data dan analisis kajian ini dinilai dan disemak terlebih dahulu oleh pakar yang terdiri dari individu yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran dan mempunyai gelaran Professor dan Professor Madya. Data kajian yang diperolehi dihurai dalam bentuk peratus dan analisis varians. Dari segi peratus, hasil kajian yang diperolehi mendapati responden tanpa mengira etnik yang terlibat dalam kajian ini mencatat peratus melebihi 50% untuk kesemua bahagian. Untuk bahagian rangkuman isi kandungan buku teks dan konsep negara idaman, etnik Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak telah mencatat keputusan melebihi 60%. Manakala untuk bahagian konsep etos bangsa, responden tanpa mengira etnik telah mencatat keputusan melebihi 75%. Dari segi analisis varians, kajian ini juga mendapati bahawa faktor-faktor seperti etnik dan agama menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada responden dalam memberi maklum balas mengenai keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa dalam kalangan generasi muda. Manakala faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan fakulti pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Justeru, berdasarkan hasil dapatan kajian ini, tahap keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa generasi muda di Malaysia adalah baik. Namun, hasil dapatan yang diperolehi ini perlu ditingkatkan lagi dari masa ke semasa, terutamanya dari segi kefahaman terhadap isi kandungan buku teks sejarah agar minda generasi muda terus terbina dengan kukuh terhadap kefahaman mereka tentang sejarah negara. Ditambah lagi dengan komposisi penduduk di Malaysia yang berbilang etnik.

Download Hit : 0

More Info | Full Paper


Sifat dan motivasi penontonon filem dalam kalangan penonton filem di Malaysia

Ubong Imang

Volume : Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS) 2015

Publication Date : 2015-10-20

Keywords : Penontonan filem, sifat dan motivasi, filem

Abstract : Bilangan penontonan filem khususnya penontonan di pawagam di Malaysia telah meningkat dengan pesat sekali. Misalnya pada tahun 2005, bilangan penontonan filem di pawagam mencecah angka 25.92 juta dan, pada tahun 2014, bilangan ini telah meningkat lebih dari sekali ganda iaitu, kepada 61.80 juta (www.finas.gov.my). Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan bilangan penontonan filem di Malaysia. Antaranya ialah faktor kepesatan kemajuan industri perfileman sejagat, perubahan gaya hidup masyarakat dan pertumbuhan pesat ekonomi negara yang menyumbang kepada peningkatan keupayaan berbelanja khususnya untuk aktiviti hiburan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Bagi tujuan pemasaran filem khususnya filem tempatan, adalah penting untuk mengetahui dan mengambilkira sifat dan motivasi penontanan filem dalam kalangan penonton. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menilai sifat dan motivasi penontonon filem di Malaysia dengan memberi fokus kepada perbezaan dan persamaannya di antara penonton filem tegar dan penonton filem tidak tegar. Dua persoalan utama yang ingin dikupas melalui artikel ini. Pertama, adakah wujud perbezaan kecenderungan sifat dan motivasi penontonan di antara kumpulan responden yang dikaji? Kedua, sekiranya ada, apakah implikasinya kepada pemasaran industri filem tempatan? Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Sebanyak 1337 borang soal selidik telah berjaya diedarkan dalam kalangan pengunjung pawagam yang dipilih secara rawak di tujuh bandar iaitu, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Klang, Kuantan dan Alor Setar. Dapatan kajian mendapati, perbezaan sifat dan motivasi penontonan filem yang ketara di antara kumpulan responden yang dikaji adalah dalam tiga aspek iaitu medium penontonan, faktor dorongan penontonan dan jenis filem yang diminati.

Download Hit : 3148

More Info | Full Paper


Investigating a Telecenter’contribution to Community Economic Development: An Experience of Buayan, Sabah Malaysia

Gusni Saat, Gary Loh Chee Wyai

Volume : Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS) 2015

Publication Date : 2015-10-20

Keywords : development, indigenous community, telecentre

Abstract : eBuayan is one of the community telecentre established by ISITI-CoERI, is started to serve the community in 2009 with two main objectives to be reached, (i) to bridge digital divide between rural and urban inhabitants; and (ii) to promote economic development of the communities. The first objective is the prerequisite to achieve the second objective. A pertinent question is to what extent the telecentre was served as a catalyst for socio-economic development of concerning community? Investigating such question means the paper uncovered issues that constrained the the role of the telecentre as instruments to upgrade economic development of the community. The aim of this paper is to investigate and discuss the eBuayan achievement based on it objectives. Based on a constructed conceptual framework of “informative and marketing community” issues underscored the effectiveness of the telecentre in struggling it objectives are discussed. This paper argued that the dialectic relationship between community informative domain and community marketing domain in order to achieve eBuayan objectives were remain less successful. Local products that can be promoted through the telecentre by using the internet were yet to be developed by the community. It was due to the following factors: (i) the community members were ignorance about how to market their local products via the telecentre; and (ii) a potential local products that can be marketing via the internet is remained not been developed; (iii) the informations circulation on internet marketing within the community nationally and globally were remain too small. The first and second issues were resulted by less participation among the community’s member to the telecentre project. With regards to the third issue, it was due to the users were limited to a small numbers of youths with no regular usage. Inability the community to utilise the telecenter as the marketing means because it is a new innovation for them. In order to be able to cope with the telecenter as economic development centre the community should participate actively in terms of training, local product innovation and also get fully supports from external stakeholders.

Download Hit : 803

More Info | Full Paper


Exemplary Muslim PR Personalities

Mohd Hamdan Adnan

Volume : Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS) 2015

Publication Date : 2015-11-23

Keywords : Prophet Muhammad SAW, Abu Bakr RA, Umar RA, Uthman RA, Ali Ibn Talib RA, public relations, communication, IMPRC, engagement and consultation

Abstract : This article discusses the characteristics of five effective public relations practitioners and communicators personalities in the Muslim world. Five prominent Muslims were selected. It begins with Prophet Muhammad SAW who the International Muslim Public Relations Council (IMPRC) had selected as the founder of Muslim Public Relations (PR) practice and the best ever PR Practitioner. The prophet greatness in PR practice is seen both from Muslims and non-Muslims perspectives. The article discusses not only the words of Muhammad but also his deeds. His PR greatness is seen by his integrity and achievements that lead Michael Hart to choose him as the greatest person having walked this earth. Actually not only Hart had chosen him as the greatest other non-Muslims notables like Alphonse de Lamartine , William Montgomery Watt, Mohandas Karamchand Gandhi, Mohandas Karamchand Gandhi,Edward Gibbon, John William Draper and Washington Irving. Some important statements uttered by the Prophet were also discussed as to how it relate to good PR practice. It must be said that Prophet Muhammad SAW is the most quoted person in history. His words and actions have become the guiding lights of Muslims and Islamic nation across the ages. Almost all of his actions and the words he uttered was recorded and being used as a model to every Muslims. Thus, very rightly so he should be guiding light of every Muslim Public Relations professional and to IAMPRC. After him came his four closest companions who practiced excellent PR that lead to the rapid spread of Islam which in no small measures were due to their exemplary public relations characteristics and abilities. For example, all four companions were men of beautiful words as well as deed of which each have their own significant contributions to Islam rapid growth. However, each of these exemplary PR personalities has their own uniqueness that modern Muslim PR practitioners can learn from. The approach to this article has been narrative and anecdotal of which mostly are gathered from literature reviews

Download Hit : 899

More Info | Full Paper


Radio Malaysia Sabah dan Radio Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Format Penerbitan dan Siaran

Mahat Jamal

Volume : Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS) 2015

Publication Date : 2015-11-23

Keywords : Radio Malaysia Sabah, Radio Brunei Darussalam, Wawasan 2020, Wawasan Brunei 2035, Rukun Negara, Melayu Islam Beraja

Abstract : Radio Malaysia Sabah dan Radio Brunei Darussalam merupakan stesen radio awam berperanan sebagai media komunikasi rasmi kerajaan. Dimensi tujahan utama kedua-dua stesen ini termasuklah mempromosi dan membuat liputan dasar, program dan aktiviti-aktiviti kerajaan khususnya dalam bidang sosioekonomi, budaya dan perpaduan selaras dengan aspirasi visi negara masingmasing. Makalah ini menyingkap kaedah format penerbitan dan siaran Radio Malaysia Sabah dan Radio Brunei Darussalam dalam mengartikulasikan strategi meuar-uar, mempromosi dan membuat liputan Wawasan 2020 untuk Sabah Malaysia dan Wawasan 2035 bagi Negara Brunei Darussalam. Lima saluran Radio Malaysia Sabah menggalas tanggungjawab sebagai pemangkin liputan Wawasan 2020 di mana Malaysia berhasrat muncul sebagai negara maju berpendapatan tinggi mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Negara Brunei Darussalam juga menggunakan lima saluran radio sebagai wadah liputan Wawasan Brunei 2035 berkonsepkan Melayu Islam Beraja (MIB) di mana menjelang tahun 2035 Negara Brunei Darussalam berhasrat dapat menghasilkan modal insan berpendidikan, berkemahiran tinggi, ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Data diperlolehi melalui kajian perpustakaan, soroton literatur dan analisis kandungan jadual siaran kedua-dua stesen. Dapatan menunjukkan banyak persamaan rangkaian strategi ke atas format penerbitan dan siaran mesej pembangunan negara di samping beberapa perbezaan dari segi niche audiens yang menjadi faktor dominan saluran radio berdasarkan falsafah penyiaran negera masing-masing.

Download Hit : 1983

More Info | Full Paper


Tabii Pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia Memuat Turun Bahan Internet & Implikasi Perundangannya

Mohd Hamdan Adnan & Ong Siew Chin

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 4,2016)

Publication Date : 2016-06-02

Keywords : Internet, muat turun, hak cipta, era teknologi informasi, pengguna, pembajakan digital

Abstract : Artikel ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi para pelajar pusat pengajian tinggi dalam memuat turun bahan dari Internet. Turut dikaji ialah pemahaman mereka terhadap isu ciplak dan pelanggaran hak cipta. Seramai 400 pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dipilih menjadi responden secara rambang. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan dua versi set soal selidik dan dianalisis menggunakan applikasi SPSS 20.0. Analisis yang dibuat termasuklah ujian deskriptif, kecenderungan memusat dan Korelasi Pearson. Penemuan kajian menunjukkan faktor persekitaran merupakan rangsangan utama responen untuk memuat turun sesuatu bahan. Ini turut didorong oleh kemudahan teknologi yang ada serta kemahiran mereka untuk berbuat demikian. Dapatan kajian mendapati bahawa tiada korelasi yang signifikan di antara pengetahuan terhadap undang-undang hak cipta dan kekerapan kegiatan muat turun. Penemuan juga menunjukkan bahawa aktiviti memuat turun berterusan walaupun diketahui bahawa ia menyalahi akta hak cipta dan ada yang berasa serba salah kerana bertentangan dengan prinsip dan nilai moral yang dipegang oleh responden berkenaan.

Download Hit : 3455

More Info | Full Paper


Birth of the International Muslim Public Relations Practitioners Association (IMPRPA) – A Boost for Muslim Global Practitioners

Mohd Hamdan bin Haji Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 4,2016)

Publication Date : 2016-06-02

Keywords : Prophet Muhammad, IAMPRC, IMPRPA, democracy, public consultation, public engagement, shura, Islam, Muslim, and religion

Abstract : This article discusses the events and reasons in realizing the “International Muslim Public Relations Practitioners Association” or “IMPRPA”. It also discusses the discussion occurring during the inaugural IMPRPA Congress in Kuala Lumpur. It includes the discussion regarding the many misconceptions about Islam, not only among non-Muslims but even within the believers and what efforts can be undertaken to correct it. The writer also suggests ways to make the IAMCR relevant to all. Relevant concepts in making public relations relevant and Islamic like shura, public consultations and many more are also discussed. This paper is based on personal experience and interviews with relevant personalities and organisations. It also includes literature reviews.

Download Hit : 611

More Info | Full Paper


Audience Interpretation on Korean TV Drama Series in Jakarta

Rizki Briandana & Intan Soliha Ibrahim

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 4,2016)

Publication Date : 2016-06-02

Keywords : Korean Drama, reception analysis, melodramatic realism, and audiences

Abstract : Numerous Korean cultural products (K-Pop), comprising of television dramas, movies, and songs, gained wide fame from the East to the Southeast Asian region at the end of the 1990s. Furthermore, the Asian economic crisis in the 1990s has been affecting the behaviour of Asian buyers particularly regarding their selection of Korean cultural products including Korean drama series. In Indonesia, Korean drama series gained a promising reception from countless generations of fans. This snowballing number of Korean dramas flourished on various television stations in Indonesia. This study is constructed on the reception analysis’s framework, specifically portraying audience as an active media text interpreter. This analysis explains a broader conception of what audiences might act with texts, in order to allow the ritual uses of communications among the transmission of media contents from producers to audiences. This study applied qualitative approach through textual analysis and focused group discussion. The findings discovered that social values of materialism, patriarch, and class differences existed in the series, for instance, Princess Hours and Secret Garden. The leading male characters are portrayed as proud and selfish, resembling the typical characteristics of the soap opera genre Most Korean dramas will finish in a constructive way, where the protagonists eventually change and adapt positive values. Respondents who were involved in this research watched Princess Hours and Secret Garden for the diversified ways of connecting to audiences’ emotions by portraying attractive protagonists, compelling theme songs, and dramatic storylines.

Download Hit : 4277

More Info | Full Paper


Semangat Patriotisme Melalui Lagu-Lagu Patriotik: Kajian Persepsi Beberapa Orang Belia di Kota Kinabalu, Sabah

Mahat Jamal

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 4,2016)

Publication Date : -0001-11-30

Keywords : lagu-lagu patriotik, patriotisme, nasionalisme, belia, RTM, masyarakat majmuk, cintakan negara.

Abstract : Manisfestasi cintakan negara seringkali dipamerkan melalui pelbagai kaedah bagi melambangkan keterlibatan dan sumbangan warga masyarakat secara langsung atau sebaliknya dalam proses pembangunan negara. Lazimnya sumbangan masyarakat terhadap negara sering dituntut berbanding sumbangan negara terhadap masyarakat. Dalam hubungan ini, masyarakat belia yang acapkali disifatkan sebagai pelapis dan penggalas teraju kepimpinan negara tidak dinafikan mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat signifikan dalam mewarnai pembangunan negara. Makalah ini meninjau persepsi dan kefahaman belia terhadap semangat patriotisme yang diterapkan melalui lagu-lagu patriotik dalam pelbagai peringkat aktiviti dan program sosial. Data diperolehi melalui rujukan perpustakaan, sorotan literatur, maklumat siaran lagu-lagu patriotik radio RTM Sabah dan temubual beberapa orang belia. Kajian menunjukkan bahawa hampir semua daripada informan mula didedahkan dengan lagu-lagu patriotik semasa di sekolah rendah. Mereka juga menyedari terdapatnya siaran lagu-lagu patriotik melalui radio RTM, tetapi ada yang tidak mengikutinya. Bagaimanapun, kebanyakan informan bersetuju semangat patriotisme dan nasionalisme perlu disemai, dibaja, dipupuk dan dididik sejak peringkat pra-sekolah, membawa ke alam persekolahan sehingga ke Universiti. Justeru naluri kebanggaan terhadap maruah, jati diri dan cinta negara dapat dilestarikan hasil penghayatan budaya patriotisme melalui lagu-lagu patriotik. Kebanyakan informan juga berpendapat, siaran harian lagu-lagu patriotik melalui radio RTM dapat meningkatkan kecintaan terhadap negara dan menyarankan supaya stesen-stesen penyiaran swasta lain juga berbuat demikian agar budaya semangat patriotisme dan nasionalisme dapat diarusperdanakan sebagai sebahagian cara hidup masyarakat majmuk di Malaysia. Mereka juga mensyorkan agar ciptaan lagu-lagu patriotik diberi nafas baru dengan memasukkan unsur-unsur citarasa dan gerne gaya budaya belia masa kini.

Download Hit : 3159

More Info | Full Paper


AKTA PERHUBUNGAN RAYA MALAYSIA DEMI MEMARTABATKANNYA SELAKU SUATU PROFESION

Mohd Hamdan bin Haji Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 4,2016)

Publication Date : 2016-06-16

Keywords : Akta, etika, kerjaya, media, pengamal, perhubungan raya profesion dan profesional

Abstract : Profesion perhubungan raya (PR) hingga ke abad 21 ini masih belum dianggap sepenuhnya sebagai suatu kerjaya yang tulen. Iaitu, seperti bidang perubatan, farmasi, kejuruteraan, arkitek, dll. Ini kerana sehingga kini belum ada lagi suatu akta yang khusus untuk memartabatkan kerjaya PR sebagai suatu profesion yang tulen dan beretika. Iaitu, sama seperti yang berlaku dalam profesion beriktiraf melalui akta bagi mengawal amalan ahli-ahlinya. Iaitu, selain daripada mempunyai suatu kumpulan pegetahuannya yang tersendiri serta memiliki badan profesionalnya yang khusus mengawal kerjaya berkenaan. Artikel ini menyarankan penggubalan khusus suatu akta profesion perhubungan raya serta membincangkan faedah-faedah yang boleh dinikmati melaluinya. Turut dibincangkan ialah kekuatan dan kelemahan akta berkenaan dan bagaimana ahkirnya ia mampu memartabatkan profesion PR serta pengamalnya. The Public Relations practice till today in the 21st century is still not considered as a full profession like medicine, engineering, law, arcitect and the like. One of the main factor for this lack of recognition is the absence of a specific law regulating the public relations professionals. As such, anyone can claim to be a public relations professionals. This make the public relations profession very susceptible to fraudalent practitioners.This paper is to make a case for the enactment of a Public Relations Profession Act via the Institute of Public Relations Malaysia (IPRM). The Act is to ensure only those with the relevant training and experiences are allowed to label themselves as a public relations practitioner through an accreditation programme by IPRM.

Download Hit : 502

More Info | Full Paper


Belia dan Kelangsungan Hegemoni Barisan Nasional: Kajian Kes Pilihan Raya Umum 13 di Sabah

Eko Prayitno Joko, Zaini Othman, Saat Awg. Damit

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : Pilihan Raya Umum 13, Barisan Nasinal, Hegemoni, Golongan Belia, Negeri Sabah.

Abstract : Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, ternyata hegemoni Barisan Nasional yang selama ini tidak tercabar mula diruntuhkan. Barisan Nasional bukan sahaja kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang, tetapi juga dinafikan majoriti 2/3 Dewan Parlimen. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sabah, Barisan Nasional masih mengekalkan hegemoni kekuasaannya dan dianggap sebagai fix deposit bagi parti tersebut. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, tesis ini telah dicabar dengan argumen bahawa keberadaan golongan muda yang akan menentukan, bukan sahaja hegemoni BN di Sabah, tetapi juga pengekalan kuasa di Putrajaya. Justeru itu, artikel ini hadir untuk mengupas segala kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku dalam politik di Sabah dengan mengangkat isu-isu atau persoalan-persoalan utama yang membawa kepada penyertaan politik secara aktif dalam kalangan golongan muda Sabah dan seterusnya, adakah dengan isu-isu tersebut golongan ini masih memberi mandat sepenuh suara kepada BN memerintah di Sabah atau sebaliknya.

Download Hit : 1419

More Info | Full Paper


KESAN SIARAN BERITA PERDANA TV3 KEPADA PENDUDUK DI DAERAH KUALA PENYU, SABAH.

Abdul Rashid Sallleh, Herry Rena Binti Kim Lee

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : Pengaruh, Siaran Berita Perdana TV3, Kebolehpercayaan, Kesan, Masyarakat Luar Bandar.

Abstract : Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesan siaran Berita Perdana TV3 kepada beberapa buah kawasan di daerah Kuala Penyu, Sabah. Kajian ini dijalankan kepada responden-responden yang telah dipilih berdasarkan beberapa mukim di daerah Kuala Penyu yang meliputi Kampung Kerukan, Kampung Kilugus, Kampung Tanjung Aru, Kampung Menumpang, Kampung Palu-Palu, Kampung Batu Empat, Pekan Menumbok dan Pekan Kuala Penyu. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kesan yang diterima oleh penduduk di sekitar daerah tersebut mengenai maklumat daripada siaran Berita Perdana TV3 sekaligus bagi mengenalipasti keberkesanan siaran Berita Perdana TV3 kepada masyarakat di daerah tersebut. Pada masa yang sama, kajian ini dapat menilai kebolehpercayaan maklumat yang diterima. Seramai 351 orang responden yang terdiri daripada lapan buah kawasan di daerah Kuala Penyu telah dipilih. Kajian ini juga dijalankan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan tinjauan dibuat dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa Siaran Berita Perdana TV3 banyak memberi kesan, ini dapat dilihat melalui pemilihan segmen siaran, pengaruh kepada tingkah laku masyarakat dan kebolehpercayaan terhadap maklumat yang diterima.

Download Hit : 1497

More Info | Full Paper


TINJAUAN AWAL TEORI TANGGUNGJAWAB SOSIAL AKHBAR DALAM ANALISIS TAJUK UTAMA MUKA DEPAN BERITA HARIAN 2013

Norhuda Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : Teori Tanggung jawab sosial, kebebasan akhbar, fungsi akhbar, muka depan.

Abstract : Teori tanggungjawab sosial berteraskan kepada kebebasan adalah seiring dengan kewajipan namun ada larangan atau batasan dari sudut moral dan etika. Secara tuntasnya teori ini mempunyai asas yang sama dengan teori liberitarian yang berpegang kepada kebebasan akhbar. Akhbar bebas melaporkan kepada masyarakat apa jua kejadian yang difikirkan memberi manfaat namun pada masa sama turut dibebani tanggungjawab terhadap keselamatan, pembangunan dan pembentukan masyarakat tanpa prasangka dan niat buruk. Fungsi akhbar sebagai penyampai maklumat, tempat himpunan dan takungan idea serta perbincangan bertujuan mendatangkan impak positif kepada masyarakat. Sehubungan itu, penulisan ini mengetengahkan hasil kajian berhubung teori tanggungjawab sosial yang diimplementasikan dalam penghasilan berita oleh Berita Harian (BH). Kajian hanya melibatkan muka depan akhbar BH sahaja. Analisis dilakukan untuk tempoh 12 bulan bermula Januari 2013 hingga Disember 2013. Dapatan kajian dihuraikan mengikut

Download Hit : 1212

More Info | Full Paper


Dakwah di Internet: Aplikasi Model Tetingkap Ekni (TtEKNI) ke atas wacana mesej dakwah di ‘group page’ Islamik Malaysia.

Syahruddin Hj. Awg. Ahmad & Mohd. Shaukhi Mohd. Radzi

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : media sosial, Facebook, ‘group page’ Islamik, audien dakwah, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI)

Abstract : Keupayaan menyampaikan mesej dakwah menerusi pelbagai pendekatan adalah laluan pantas kepada pencapaian matlamat sesebuah kumpulan pendakwah. Lewat tahun 2015, fenomena dakwah di negara ini kelihatan sedang memasuki fasa transformasi daripada kaedah tradisi kepada satu kaedah yang lebih memudahkan capaian mesej dakwah itu sendiri. Ahli-ahli masyarakat berupaya memberikan maklumbalas terhadap kandungan bahan yang dikongsi. Sungguhpun begitu, terdapat tatacara dan pendekatan yang perlu diambilkira semasa menyampaikan pandangan dan memberikan maklumbalas dalam wacana ke atas mesej dakwah di laman sosial. Kesan langsung daripada pengabaian tatacara dan pendekatan dakwah ini boleh memberi kesan kepada audien dakwah dan agama Islam itu sendiri. Kajian ke atas laman kumpulan (‘group page’) di Facebook sebagai medium dakwah memperlihatkan kesungguhan masyarakat Islam untuk menegakkan syiar Islam begitu aktif kebelakangan ini. Media sosial yang kian mendapat tempat dalam kalangan warga negara ini malah juga penduduk seantero dunia berfungsi sebagai medium yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang atau kumpulan manusia lain pada satu-satu masa dengan tujuan yang tertentu. Pilihan untuk memuat naik maklumat dalam bentuk teks, pendapat, gambar dan bahan multimedia menjadikan ‘group page’ Islamik di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Wechat berguna kepada masyarakat khasnya umat Islam. Justeru, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI) oleh Syahruddin (2015) diaplikasikan bagi menzahirkan gambaran aktiviti wacana mesej dakwah di ‘group page’ Islamik yang dijayakan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pemilik ‘group page’ dan pengunjung ‘group page’ berkenaan. TtEKNI dapat memberikan gambaran tentang aktiviti wacana dari sudut ciri-ciri mesej dakwah yang dalam masa yang sama dapat merumuskan sikap, kelakuan dan kepercayaan seseorang yang berkongsi dan terdedah kepada mesej dakwah berkenaan.

Download Hit : 2230

More Info | Full Paper


Tahap Pengetahuan Rakyat Malaysia Terhadap Asas Agama-agama Dominan di Malaysia: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor

Muhammad Nazmi Abd Halim, Jaffary Awang & Muhammad Helmy bin Abdul Gapar

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-28

Keywords : : tahap pengetahuan, agama-agama dominan, multi-agama dan sosiologi agama

Abstract : Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki entiti masyarakat bersifat pluralistik. Ia terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk yang hidup bersama dengan kewujudan kepelbagaian agama dan kaum sejak sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Namun, spekulasinya adakah kebersamaan pelbagai komuniti kini yang mewarisi anutan bermacam ragam agama memiliki kadar pengetahuan yang baik serta memahami tentang asas agama-agama dominan di Malaysia. Oleh itu, kajian lapangan ini dilaksanakan bertujuan melakukan analisis terhadap sejauh manakah tahap pengetahuan masyarakat lokal terhadap agama-agama dominan di Malaysia khususnya di Negeri Kedah dan Selangor. Maka, kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 555 responden yang dipilih berdasarkan faktor agama dominan melibatkan penganut daripada agama Islam mewakili komuniti Muslim serta Buddha, Hindu dan Kristian yang mewakili komuniti Non-Muslim. Manakala, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan ujian statistik seperti Mann Whitney-U dan Kruskal Wallis-H digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan responden terhadap usul kajian yang dilakukan. Seterusnya, hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kalangan komuniti Muslim dan Non Muslim berada pada kadar tinggi meskipun terdapat perbezaan yang signifikan pada kadar Mann Whitney-U: (Z -2.548, p = .011). Sementara itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara komposisi etnik dan negeri yang terlibat dengan masing-masing mencatatkan kadar Kruskal Wallis-H: [x2 (1, N=555) = 6.146, p=.105] dan [x2 (1, N=555) = 0.907, p=.341]. Kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada bidang ilmu kerana penggunaan metodologi berbentuk kuantitatif berbeza dengan kebanyakan ujian sebelum ini secara kualitatif serta menghasilkan instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya. Analisis berdasarkan hasil kumpulan data soal selidik yang dianalisis melalui program SPSS daripada Kajian Isu Agama dan Hubungan Antara Muslim dan Non-Muslim: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor yang telah dijalankan pada tahun 2013-2015.

Download Hit : 3089

More Info | Full Paper


EFFECTIVE COMMUNICATION AND INTERDISCIPLANARY RESEARCH ON THE IDEA THAT SIZE MATTER FOR SAFER LOKAN DELICACIES IN SABAH

Diana Demiyah Mohd Hamdan, Rohana Tair, Rati Agong, Mohd Hamdan Adnan & Abdul Rashid Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-11-24

Keywords : Bivalves, Polymesoda expansa, Heavy Metals, Biomonitoring, Correlation Coefficient, Public Health, Communication.

Abstract : Many makeshift stalls have increased in numbers with the rise popularity of the grilled lokan along Sulaman Road near Kota Kinabalu better known as Salut. This development has helped increased the local community economy. For seafood only the species Polymesoda expansa of lokan is sold serving in three sizes: small(S), medium (M) and large (L). The study objective is to monitor the heavy metals concentration of lokan according to size and customer demand. Samples were analysed by Flame Atomic Adsorption Spectrometry (FAAS) individually. The results yielded the mean of heavy metals for Pb were 6.33±8.82S, 4.33±4.58M, 3.85±1.96L, for Cu were 15.96±16.86S, 11.41±10.60M, 6.61±5.66L, for Cr were 3.39±2.78S, 1.52±2.11M, 0.61±0.60L, for Cd were 1.90±1.00S, 1.35±1.34M, 0.70±0.38L, for Zn were 52.08±28.37S, 75.37±36.80M, 9 4.00±38.16L, respectively. The finding shows large size lokan contains less heavy metal than small size lokan except for Zn. Although larger lokan seem safer to eat, preliminary observation has shown that consumers prefer smaller lokan because it is cheaper than the larger ones. The study shows that most consumers are still unaware of the impact of heavy metals in lokan that they consume affecting their health adversely. There had been consumers that ate grilled lokan in the study area experiencing symptoms of heavy metals toxicity. It is believed that by favouring the larger and mature lokan will enable them to increase producing progenies for continuous abundant supply thus making it a sustainable income generation project. Changes of trend like consumers opting to eat large lokan because it is safer to consume will be an incentive for supplier to be more selective in harvesting bigger lokan. This study revealed that both sellers and consumers believe that an effective information campaigns can help not only for the safe consumption of lokan and other aquatic food from this area but also make their supply more sustainable. The findings of this study will be the basis for the formulating of the public health information campaign to all stakeholders with regards to safe lokan consumption and its sustainability.

Download Hit : 558

More Info | Full Paper


RADIO MALAYSIA SABAH: PENYAMPAIAN MESEJ PEMBANGUNAN, PERPADUAN ETNIK/KAUM DAN INTREGRASI NASIONAL DI DAERAH KOTA KINABALU DAN KOTA BELUD SABAH

Mahat Jamal & Abdul Rashid Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-11-24

Keywords : Pembangunan, perpaduan, intregrasi nasional, Sabah FM, Sabah VFM

Abstract : Kajian ini cuba mengenalpasti persepsi pendengar radio Sabah FM di Daerah Kota Kinabalu dan Daerah Kota Belud terhadap penyampaian mesej-mesej pembangunan, perpaduan etnik dan kaum dan integrasi nasional yang disiarkan melalui Sabah FM dan Sabah VFM. Sebanyak 780 responden telah ditemubual dalam tempoh satu bulan yang terdiri dari 387 responden di Daerah Kota Kinabalu dan 393 di Daerah Kota Belud. Penemuan kajian menunjukkan siaran puncak waktu pagi Segar Sabah fm, (6.00 pagi sehingga 10 pagi) menyiarkan mesej pembangunan sebanyak 48.7% berbanding 51.3% yang menyiarkan bahan lain. Bagi elemen perpaduan kaum/etnik pula, 55.7% responden bersetuju wujud siaran elemen berkenaan dalam segmen yang sama berbanding dengan 44.3% yang tidak bersetuju. Bagi elemen integrasi nasional pula sebanyak 46.6% responden bersetuju elemen berkenaan disiarkan dalam Segar Sabah fm berbanding dengan 53.4% yang berpendapat sebaliknya. Bagi Sabah VFM pula, kesemua siaran bahasa Dusun, Kadazan, Bajau, Murut, Cina dan Inggeris juga di dapati menyiarkan mesej-mesej pembangunan, perpaduan kaum/etnik di peringkat sederhana. Siaran Sabah FM perlu bersifat kreatif dalam menyiarkan mesej-mesej berbentuk pembangunan, perpaduan dan intregasi kaum dan wilayah kerana pendengar masa kini, khususnya belia lebih cendurung mendengar radio lain.

Download Hit : 1187

More Info | Full Paper


ANALISIS METAFORA KONSEPSI KEMULIAAN MANUSIA DALAM SYAIR NASIHAT NUKILAN SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE - 28 : PERSPEKTIF AWALAN SEMANTIK KOGNITIF

Aini Hj Karim, Muhamad Fadzllah Hj Zaini

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Semantik, Metafora Konsepsi, Manusia, Kognitif, Kemuliaan

Abstract : Kajian linguistik dan sastera merupakan salah satu bidang baharu. Kajian ini bertujuan meneliti metafora sifat manusia dalam Syair Nasihat hasil nukilan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien. Metafora manusia yang memberi gambaran jelas kepada peranan dan fungsi setiap anugerah istimewa Allah SWT kepada manusia, akal dan anggota badan bersekali dengan intelektual (ilmu pengetahuan). Perkara ini membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Allah SWT telah mencipta manusia dengan kemuliaan. Berdasarkan Syair Nasihat ini, penulis menekankan beberapa perkara mengenai metafora kemuliaan manusia iaitu akal, mata, mulut, hidung, tangan, kaki, dan tertib hidup yang dapat membawa manusia mencapai kemuliaan hakiki sebagai khalifah di muka bumi. Syair Nasihat merupakan salah satu syair yang memerikan teladan manusia secara tidak langsung. Kajian ini menggunakan garapan Teori Metafora Konsepsi yang diperkenalkan oleh Lakoff (1993). Setiap analisis dijelaskan menerusi pandangan semantik kognitif. Teori ini membentuk pemetaan yang abstrak kepada konkrit bagi mendapatkan metafora konsepsi terhadap data yang dianalisis. Sekilas, semantik kognitif merupakan pendekatan yang bertunjangkan pengalaman lampau dan persekitaran semula jadi. Oleh hal demikian, kajian ini dibuat berdasarkan landasan semantik kognitif digarapkan dengan data sastera yang akan memerikan konseptualisasi metafora kemuliaan manusia terhadap bait syair yang dizahirkan.

Download Hit : 396

More Info | Full Paper


AMALAN PERHUBUNGAN AWAM BERKESAN MENJADIKAN PENDIDIK CERMELANG

Mohd Hamdan Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Imej, integriti, pendidik, perhubungan awam dan tanggungjawab sosial.

Abstract : Pendidik adalah kerjaya yang memerlukan citra positif atau nama baik yang lestari. Ini adalah kerana mereka sentiasa menjadi model bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakatnya. Bagi memastikan imej pendidik kekal baik mereka perlu sentiasa menjaga perilaku dan tindakan supaya tidak disalah anggap yang boleh menjejas imej positif yang dibina dan perlu dilestarikan. Dalam dunia kini kemahiran untuk mempamerkan perwatakan teladan yang hebat serta meningkatkan perkhidmatannya kian mencabar. Maka, artikel ini menyarankan kepentingan kemahiran perhubungan awam bagi pendidik. Perhubungan awam dalam artikel ini merujuk kepada kebijaksanaan berkomunikasi interaktif dan beretika serta membina dan melestarikan reputasi yang sesuai bagi seorang pendidik. Turut dibincangkan ialah prinsip perhubungan awam, peranan perhubungan awam pendidik dan cabaran dalam mengamalkan perhubungan awam.

Download Hit : 351

More Info | Full Paper


PERANAN MEDIA SEBAGAI PEMBENTUK SEMANGAT NASIONALISME DALAM KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DI ERA SEBELUM MERDEKA HINGGA KINI

Noor Zafira Mohd Shafie, Syahruddin Hj. Awg Ahmad

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Peranan Media, Semangat Nasionalisme, Pilihan Raya Umum, Pelaporan Berita, Kempen Pilihan Raya

Abstract : Kertas kerja ini mengemukakan perbincangan tentang peranan yang dimainkan oleh media tempatan khususnya media cetak dalam menerapkan semangat nasionalisme menerusi pelaporan berita ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijalankan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan hingga kini. Tumpuan analisis kandungan ke atas laporan berita tersebut adalah bagi mengetahui kewujudan elemen-elemen semangat nasionalisme baik dalam bentuk slogan mahu pun manifesto parti-parti yang bertanding dalam semua edisi PRU yang berkenaan. Selain itu, isu-isu nasionalisme yang menjadi topik utama dalam laporan berita turut dikupas. Penghujahan terhadap isu nasionalisme dalam bahan berita ini secara prinsip dapat menjelaskan fungsi media sebagai pembawa semangat nasionalisme dalam kempen pilihanraya. Justeru, dapatan kajian menunjukkan bahawa media tempatan sememangnya memainkan peranan penting dalam membawa serta membentuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. Kenyataan ini dapat dibuktikan menerusi pelaporan isu-isu yang berkisar soal kepentingan semangat cintakan negara, peranan tokoh dalam memperjuangkan kemerdekaan dan tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Download Hit : 1420

More Info | Full Paper


PERLAKUAN PENGGUNA PENJAWAT AWAM SABAH DAN PENGGUNAAN INTERNET

Mohd Hamdan Haji Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Penjawat awam, tabii pengguna, Internet, media sosial, atas talian, celik IT, budaya IT, e-Kerajaan, dan e-Dagang

Abstract : Penggunaan Internet, khasnya melalui media sosial telah membuat pengguna Malaysia kian menjadikan impian kerajaan Malaysia untuk melahirkan masyarakat cintakan teknologi informasi atau IT (Information technology) semakin nyata. Sejak budaya IT mula melanda dunia kerajaan Malaysia telah banyak berbelanja untuk mengadakan kempen “IT Budaya Kita” supaya rakyat Malaysia turut serta menyertainya supaya tidak ketinggalan dengan zaman dunia kian menjadi sejagat akibat perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang sangat pesat. Seiring dengan berbagai-bagai kempen IT Budaya Kita kerajaan telah memberi kelonggaran atau tiada cukai langsung bagi peralatan berkaitan IT seperti komputer dan telefon bimbit. Malah Kerajaan turut mensubsidi para pelajar pengajian tinggi untuk memiliki telefon bimbit pintar dan komputer. Serentak kerajaan memperkenalkan e-Kerajaan dan banyak perkhidmatan kerajaan kian boleh dibayar atas talian. Bermacam-macam kursus telah diadakan bagi memastikan penjawat awam mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna supaya citra baik pihak kerajaan dapat diperbaiki dan dilestarikan. Kajian ini ialah mengenai penggunaan Internet pejawat awam, kemahirann mereka menggunakannya, tempoh penggunaannya dan kesannya terhadap tabii mereka sebagai pengguna. Kaedah kajian ialah tinjauan pendapat secara rawak dengan menggunakan soalselidik yang telah disediakan. Seramai 316 penjawat awam dari 12 agensi kerajaan telah ditemu duga secara bersemuka pada bulan Disember 2016. Penemuan kajian mendapati bahawa hampir kesemua penjawat awam telah menggunakan Internet dan ia telah memberi kesan yang signifikan kepada tabii mereka sebagai pengguna sama ada positif atau negatif.

Download Hit : 4204

More Info | Full Paper


WACANA HEGEMONI DAN DASAR PEKERJA ASING DI MALAYSIA: Kajian kes ke atas persaingan elit pemerintah dan towkays di Sabah

Ramli Dollah, Kamarulnizam Abdullah

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : pekerja asing tanpa izin, hegemoni, dan dasar

Abstract : Isu pekerja asing tanpa izin bukanlah merupakan fenomena baru di negara ini dan di negeri Sabah khususnya kerana ianya telah ia telah menjadi salah satu trend utama dalam ekonomi negara sejak awal kemerdekaan. Malangnya, walaupun isu ini telah menjadi salah satu masalah yang besar kepada negara, kerajaan tidak pernah konsisten mengenai dasarnya mengenai pekerja asing tanpa izin ini. Oleh itu, makalah ini menghujahkan bahawa dasar awam, termasuk juga isu berkait dengan pekerja asing tanpa izin merupakan persaingan di antara dua entiti yang berbeza dalam menguasai ruang awam (public sphere). Oleh itu, kejayaan sesuatu dasar tersebut banyak dipengaruhi oleh sejauh mana pihak-pihak berkepentingan ini menguasai ruang discursive ini dan sejauh mana sesuatu wacana tersebut menjadi terlalu hegemoni sehinggakan ia sukar dicabar oleh wacana-wacana lain. Dalam hal ini, hanya satu bentuk wacana sahaja yang mendominasi ruang awam tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan isu pekerja asing tanpa izin di Sabah dan Malaysia amnya, makalah ini akan menjelaskan persoalan kenapa walaupun elit pemerintah berterusan menunjukkan matlamat negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, majoritinya adalah pekerja asing tanpa izin, hakikatnya kerajaan tidak pernah konsisten dalam dasarnya mengenai isu ini. Dalam hal ini, pengkaji menghujahkan bahawa kegagalan kerajaan dalam mewujudkan dasar yang konsisten ini kerana ia sering bertembung dengan kepentingan para majikan dan pemain ekonomi (atau dalam makalah ini disebut sebagai towkays). Kekuatan wacana oleh towkays ini banyak ditentukan oleh kemampuan pemain ekonomi ini untuk mengaitkan isu pekerja asing ini dan kepentingannya kepada ekonomi negara menyebabkan ia mampu wujud sebagai satu wacana yang hegemoni di ruang awam tersebut.

Download Hit : 1240

More Info | Full Paper


Communication Gap of Heavy Metals Knowledge among Community in Batu Payung, Tawau and Its Impact on Food Safety, Security and Livelihood Sustainability

Diana Demiyah Mohd Hamdan, Laila Udin, Rohana Tair & Mohd Hamdan Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas Konvokesyen ke-19 UMS 2017)

Publication Date : 2017-10-19

Keywords : Aqua communities, heavy metal, food security, sustainability, public health, Meretix meretix, environmental awareness

Abstract : This study investigates the knowledge level and communication gap regarding unsustainable harvesting and over consumption of Meretix meretix or locally known as dalus, a protein resource aqua life impact among the Batu Payung community in Tawau. It also studies the extent of indigenous knowledge with regards to consequences of heavy metal consumption and of the dalus conditions. Dalus spends most of its life in sediment acting as a sink for contaminants such as heavy metals. Filter feeders like dalus pose health risk to consumers when it accumulated excessive heavy metals out of the permissible limit from its living environment. Over consumptions of high concentration of heavy metals in seafood have shown to be very damaging to consumer health. Consequently, over consumption or over harvesting of dalus can endanger the aqua farmers’ livelihood as well as its sustainability for future generation. Qualitative and quantitative study had been conducted by interviewing local communities living at Batu Payung, Tawau to assess the harvest and consumption pattern of dalus whether its practice is sustainable or damaging. Altogether 82 respondents were interviewed on January 2017 to evaluate the local community knowledge on heavy metal and food safety related to dalus. Only 17 respondents knows about heavy metal contamination can occur in dalus. This study looks at seven components: (1) Consumer, (2) Heavy Metal Knowledge, (3) Communication, (4) Public Health, (5) Natural Resource, (6) Nutrition Value and (7) Local Diet. The study indicates a very low level of knowledge among the aqua communities of heavy metal content in dalus and its impact on food security and livelihood sustainability

Download Hit : 301

More Info | Full Paper


PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

Mohd Hamdan Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas Konvokesyen ke-19 UMS 2017)

Publication Date : 2017-10-19

Keywords : Binaan, harga, mutu, pemaju, pengguna, pinjaman, perumahan dan rumah.

Abstract : Rumah adalah di antara keperluan paling asas bagi setiap manusia di dunia moden kini. Malangnnya, peluang dan kemampuan memiliki rumah kian sukar. Ini kerana permintaan untuk rumah melambung kerana jumlah penduduk semakin pesat meningka dan harga rumah kian mahal. Pelbagai alasan diberi oleh pihak pemaju dan yang berkuasa. Ia termasuk kos bahan binaan semakin mahal serta upah pekerja meningkat. Walaupun pihak berkuasa sering berjanji memastikan bekalan rumah yang mencukupi khasnya bagi pengguna pendapatan rendah dan sederhana realiti adalah sebaliknya. Bagi rumah murah atau mampu milik permintaan resminya adalah lebih daripada bekalan dan kualitinnya kerap menjadi rintihan. Institusi kewangan didapati lebih suka memberi pinjaman terhadap rumah mewah pulangan yang jauh lebih tinggi. Dasar membenarkan pemaju untuk menjual rumah sebelum membinanya turut merumitkan masalah memilik rumah sendiri. Tinjauan ini menemu duga 500 responden secara rambang di sekitar Kota Kinabalu, Sabah menggunakan borang soalselidik yang telah disediakan mengenai pandangan mereka terhadap isu perumhan di Sabah. Turut ditanya ialah sumber maklumat pengguna mengenai perumahan dan persepsi mereka. Juga, disoal ialah sumber maklumat mereka apabila mahu membeli rumah. Penemuan tinjauan ini mendapati umumnya pengguna merasa kecewa terhadap harga dan mutu rumah yang dibina oleh pemaju. Mereka juga merasakan pihak berkuasa tidak berupaya untuk melindungi pengguna dari pemaju yang tidak bertanggungjawab dan dasar perumahan adalah lebih berpihak kepada pihak peniaga. Dididapati maklumat mengenai perumahan adalah terhad. Ini termasuk panduan membeli rumah dan sumber pinjaman. Beberapa saranan telah diberikan responden untuk menyelesaikan masalah perumahan di Sabah.

Download Hit : 957

More Info | Full Paper


KOMUNIKASI KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH

Rosnah Ishak

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas Konvokesyen ke-19 UMS 2017)

Publication Date : 2017-10-19

Keywords :

Abstract : Kemahiran berkomunikasi adalah antara kemahiran yang sangat penting dalam kepimpinan. Kepentingan komunikasi kepada kepimpinan telah ditegaskan oleh ramai sarjana. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan eksekutif kanan dalam pelbagai peringkat kepimpinan dalam semua industri secara konsisten menyenaraikan kemahiran komunikasi yang baik antara ciri paling penting yang diperlukan untuk kejayaan organisasi. Dalam keadaan yang lain, kegagalan pemimpin untuk mengendalikan komunikasi dengan betul dalam krisis boleh mengakibatkan kegagalan organisasi secara keseluruhan. Justeru adalah penting bagi setiap pemimpin untuk melihat komunikasi kepimpinan sebagai kritikal. Kajian ini bertujuan untuk mengukur hasil pelaksanaan peranan komunikasi kepimpinan oleh pemimpin sekolah. Penilaian dibuat oleh seramai 165 guru sekolah. Kajian mendapati peranan komunikasi yang paling kerap dilaksanakan pengetua/guru besar adalah sebagai pemberi makna (meaning-maker), penglipur lara (storyteller) dan pembimbing inovasi (innovation coach). Secara keseluruhannya, pemimpin sekolah kerap melaksanakan komunikasi yang berperanan sebagai juru bina komuniti kerja (community developer) berbanding sebagai peranan sebagai juru pandu arah (navigator) atau juara pembaharuan (renewal champion). Dapatan kajian membantu pemimpin sekolah untuk memahami fungsi komunikasi kepimpinan dalam konteks yang lebih luas dengan kepelbagaian peranan yang boleh dilaksanakan dalam berkomunikasi bagi membantu mereka melaksanakan tugas kepimpinan dengan lebih berkesan,

Download Hit : 1279

More Info | Full Paper


LIPUTAN RADIO PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH 1976: DI MANA SILAPNYA?

MAHAT JAMAL

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas Konvokesyen ke-19 UMS 2017)

Publication Date : 2017-10-19

Keywords : Radio Malaysia Sabah, RTM, Pilihan raya umum, Dewan Undangan Negeri Sabah, Suruhanjaya Pilihan raya.

Abstract : Pilihan raya umum (PRU) bertujuan memberi peluang kepada rakyat sesebuah negara menggunakan hak mereka memilih kerajaan yang dipercayai boleh memerintah serta mampu memenuhi kehendak rakyat. Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah 1976 diadakan selama 10 hari mulai dari 5 April sehingga 14 April 1976. Pembubaran DUN Sabah dibuat pada 23 Januari 1976 sementara penamaan calon, 18 Mac 1976. Seramai 48 Ahli DUN Sabah dipilih untuk mengisi kerusi DUN Sabah berbanding 32 dalam PRU DUN Sabah terdahulu. Dalam PRU DUN 1976, Parti Perikatan the government of the day, USNO-SCA pemegang tampuk pemerintahan Sabah selama 13 tahun, kecundang di tangan parti baru setahun jagung, BERJAYA dengan mendapat 20 kerusi berbanding BERJAYA 28 kerusi. Makalah ini bertujuan untuk meninjau liputan program Radio Malaysia Sabah (RMS) terhadap PRU DUN Sabah 1976 dan faktor-faktor penyebab kekalahan parti pemerintah walaupun mendapat liputan sepenuhnya Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kajian kepustakaan, carian bahan arkib dan temu ramah terperinci beberapa informan utama terhadap program-program radio tahun 70an diaplikasikan untuk menyokong dapatan. Rata-rata informan berpendapat liputan RTM terhadap PRU DUN 1976 adalah wajar dan kekalahan parti pemerintah banyak disebabkan faktor-faktor lain

Download Hit : 416

More Info | Full Paper


Perjanjian Malaysia 1963 dan Soal Perundangan Sabah dan Sarawak: Tinjauan Terhadap Isu Sejarah dalam Laman Sosial

A Rahman Tang Abdullah,Abdul Rashid Salleh,Kadir Jaafar,Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas Konvokesyen ke-19 UMS 2017)

Publication Date : 2017-10-19

Keywords : Perjanjian Malaysia; Sabah; Sarawak; Status-quo Peurndangan; Isu Sejarah.

Abstract : Makalah ini membincangkan isu sejarah dan undang-undang yang berhubung dengan Perjanjian Malaysia 1963 berkenaan status-quo perundangan Sabah dan Sarawak. Ia menumpukan kepada analisis terhadap laman social utama yang mempersoalkan perlaksanaan dan kedudukan undang-undang perjanjian tersebut yang digunakan bagi mencapai matlamat politik mereka menyebarkan propaganda Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Namun, didapati bahawa segala hujah-hujah mereka hanya merupakan manipulasi isu tersebut yang menimbulkan keraguan dan salah tafsiran dalam konteks undang-undang dan sejarah. Kerangka perbincangan ini adalah berdasarkan analisis kandungan terhadap media social terpilih yang disandarkan kepada penyerapan sumber undang-undang dan sejarah berdasarkan kepada sejarah undang-undang.

Download Hit : 4299

More Info | Full Paper


PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN HOTSPOT DI SABAH: SATU PENEMUAN

Ahmad Tarmizi Abd Rahman, Nor-Ina Kanyo, Norizan Hj. Mohd. Nor, Norhuda Salleh, Norita Anak Jubit, Siti An-Nur Arsyi Lajimin, Norcikeyonn Samuni5

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas Konvokesyen ke-19 UMS 2017)

Publication Date : 2017-10-25

Keywords : Pelakuan Jenayah, Pola Pelakuan Jenayah, Trend Jenayah, Jenayah Harta Benda, Sabah.

Abstract : Masalah pelakuan jenayah bukan merupakan isu baru untuk diketengahkan, namun kadar peningkatannya telah menimbulkan kebimbangan kebanyakan pihak khususnya kepada bahan liputan media massa dan para ahli akademik pelbagai disiplin ilmu. Peningkatan fenomena pelakuan jenayah ini adalah seiring dengan kepesatan pembangunan sesebuah bandar. Perkara ini telah menimbulkan persoalan ke atas ketidakberkesanan pembenterasan masalah ini di peringkat penguatkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun masalah ini adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak. Kurangnya pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah dari kebanyakan disiplin ilmu khususnya bidang geografi antara penyumbang utama kepada kurang berkesannya pencegahan jenayah di peringkat akar umbi. Hal ini kerana, hanya bidang geografi sahaja yang menekankan penelitian ke atas sesuatu permasalahan secara ruangan dan bukan ruangan. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan hasil penyelidikan ke atas masalah pelakuan jenayah harta benda di Sabah bagi tempoh dua dekad iaitu 1990-2013 berasaskan pendekatan disiplin geografi. Kajian ini menggunakan kaedah kutipan data kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data persepsi pelakuan jenayah di kawasan hotspot kepada 1500 orang responde. Selain itu, kaedah temubual mendalam (Indepth Interview) dan tinjauan pakar (expert Survey) dilaksanakan bersama pihak PDRM bagi mendapatkan bahan-bahan laporan statistik jenayah di Sabah. Berdasarkan kepada dapatan kajian menunjukkan bahawa Bandaraya Kota Kinabalu mencatatkan kadar jenayah harta benda paling tinggi berbanding di Daerah Penampang, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau. Bagi memudahkan konteks perbincangan kertas kerja ini, pelakuan jenayah di Sabah ditelitikan dari aspek pola pelakuan jenayah dan pelbagai dimensi trend jenayah di lima daerah hotspot pelakuan jenayah di Sabah.

Download Hit : 1958

More Info | Full Paper


CONSUMERS BEHAVIOUR IN KOTA KINABALU: FACTORS DETERMINING THEIR PERCEPTIONS, HABITS AND ACTIONS

Mohd Hamdan Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 6, 2018))

Publication Date : 2018-05-17

Keywords : Consumers’ behaviour, cost of living, media, perceptions, and quality of life

Abstract : Consumers in Sabah frequently perceive that their cost of living is generally much higher than in most of the other Malaysian states. This often led to the perception that Sabah consumers are often neglected. In turn it has made Sabah one of the poorest states in Malaysia with higher cost of living and lower level of living standard. It is often used as effective ammunitions in elections for the state and even federal seats, if not even for more autonomy. Some of the other factors perceive to cause Sabah consumers to believe they are being short changed include low quality of working life, less developed state, rampant low quality products and services, harder to acquire good services and products as well as ineffective enforcements and lack of laws to protect consumers. This study aims at discovering the truth of the perceptions and its impact toward consumer behaviour in Sabah and how they compare themselves to fellow consumers in the other Malaysian states. Also to determine what the Sabah consumers desire in regard to enhancing their living standard and life quality. Generally, the study showed that they perceived that the cost of living in Sabah, especially in Kota Kinabalu is among the highest in Malaysia. This, they feel affected their living standard and quality of life experience by Sabah consumers. As a result consumer issues can be easily politicised. It is even believed that it can be one of the winning Sabah consumers want the Government to ensure that their wellbeing are adequately enhanced and protected and that their quality of life is as good as the consumers in the other Malaysian state. The study propose that the current state and federal government look at this issue urgently and give it the urgent attention that it deserve if they want to stay in power.

Download Hit : 39

More Info | Full Paper


ESTETIKA MOTIF DAN CORAK TENUNAN PUA KUMBU ORANG IBAN DI SARAWAK

Ngumbang Anak Sultan, Humen Bin Jusilin

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 6, 2018))

Publication Date : 2018-05-17

Keywords :

Abstract :

Download Hit : 92

More Info | Full Paper


PEMAPARAN BERITA PERUBAHAN IKLIM DALAM MALAYSIAKINI, THE MALAY MAIL ONLINE DAN FREE MALAYSIA TODAY

Tan Kwang Shean, Mohamad Saifudin Mohamad Saleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 6, 2018))

Publication Date : 2018-05-17

Keywords : Perubahan iklim; media dalam talian; Malaysia; alam sekitar; politik

Abstract : Perjanjian Paris yang berlangsung pada 12 Disember 2015 dengan matlamat untuk memperlahan pemanasan global dan mengawal perubahan iklim telah menyebabkan isu perubahan iklim kembali hangat dibahaskan oleh media tempatan. Rentetan daripada Perjanjian Paris 2015, kajian ini telah dilaksanakan untuk menilai pemaparan berita perubahan iklim dalam tiga media dalam talian terpilih Malaysia iaitu MalaysiaKini, The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today. Bagi tujuan kajian ini, analisis kandungan dilakukan ke atas 137 buah berita perubahan iklim yang dipaparkan oleh ketiga-tiga akhbar dalam talian berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa The Malay Mail Online lebih banyak memaparkan berita perubahan iklim berbanding MalaysiaKini dan Free Malaysia Today. Selain itu, Free Malaysia Today lebih banyak memaparkan tema politik bagi berita perubahan iklim manakala The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today adalah berfokuskan pada perbahasan tema alam sekitar sekaligus membuktikan terdapat perbezaan dalam penetapan agenda berita perubahan iklim antara ketiga-tiga media ini. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga media banyak menggunakan imej dalam pelaporan berita perubahan iklim mereka.

Download Hit : 198

More Info | Full Paper


TIPOGRAFI PAPAN IKLAN: SATU ELEMEN KOMUNIKASI VISUAL

Asia binti Lawang, Humin Jusilin

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 6, 2018))

Publication Date : 2018-05-17

Keywords : tipografi, komunikasi, visual, reka bentuk grafik dan papan iklan

Abstract :

Download Hit : 129

More Info | Full Paper


HUBUNGAN IKLIM SEKOLAH TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU TINGKATAN 6 ZON PANTAI TIMUR SABAH

Nurjannah F.A Kariming, Abdul Said Ambotang

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 6, 2018))

Publication Date : 2018-05-17

Keywords : iklim sekolah, kepuasan kerja

Abstract : Kajian ini dijalankan bertujuan mengetahui tahap kepuasan kerja guru tingkatan 6 di zon pantai timur Sabah. Tahap kepuasan kerja sebagai pemboleh ubah bersandar dan iklim sekolah merupakan pemboleh ubah tidak bersandar yang terdiri daripada domain persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen iaitu soal selidik. Populasi guru tingkatan enam Zon Pantai Timur Sabah adalah seramai 399 orang guru. Kajian yang dijalankan melibatkan sampel seramai 196 orang guru tingkatan 6 yang terdiri daripada sekolah daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi 21.0 untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Dapatan kajian menunjukan tahap kepuasan kerja guru tingkatan 6 zon pantai timur Sabah adalah berada pada tahap yang sederhana. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji agar kemudahan dan hubungan perseorangan dalam organisasi sekolah khasnya dapat ditingkatkan bagi menjamin kepuasan kerja guru.

Download Hit : 125

More Info | Full Paper


KEFAHAMAN DAN AMALAN KEPENGGUNAAN HIJAU DI KALANGAN PENGGUNA SABAH DAN PERANAN KOMUNIKASI

Mohd Hamdan Adnan, Diana Demiyah Hamdan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 6, 2018))

Publication Date : 2018-05-17

Keywords : Alam Sekitar, Gaya Hidup,Kepenggunaan Hijau, Pembangunan Lestari, Pencemaran, Pengguna dan Pendidikan

Abstract : Dunia kini kian diancam oleh masalah alam sekitar yang semakin teruk yang sebahagian besarnya dikaitkan dengan penggunaan berlebihan manusia. Padah penggunaan berlebihan yang tidak mesra alam dikatakan telah mengakibatkan iklim menjadi tidak menentu, suhu bumi meningkat dan mutu alam sekitar terus merosot. Hampir kesemua negara terpaksa mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini yang termasuk penubuhan badan global dan perjanjianperjanjian antarabangsa. Setiap negara digalakkan untuk mengamalkan pembangunan lestari dan mengadakan program pendidikan pengguna. Malaysia turut terlibat dalam perjanjian dan tindakan menyelamatkan bumi dari ancaman kemusnahan alam sekitar serta meningkatkan usaha pendidikan pengguna. Rakyat di galak mengamalkan gaya hidup lestari atau mesra alam atau penggunaan hijau. Tinjauan ini adalah mengenai tahap kefahaman pengguna di Sabah terhadap penggunaan mesra alam dan amalan mereka. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan pendapat dan responden dipilih secara rambang di seluruh negeri Sabah. Seramai 500 responden dari berbagai-bagai kaum, tahap pendidikan dan kawasan telah ditemu duga secara bersemuka menggunakan borang soal selidik oleh 74 pelajar Program Komunikasi Tahun Ketiga 2016/2017 Universiti Malaysia Sabah pada awal tahun 2017. Penemuan menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan amalan pengguna di Sabah terhadap kepenggunaan hijau adalah sederhana. Namun begitu, hampir kesemua responden mengakui bahawa pengamalan penggunaan hijau adalah wajib bagi memelihara bumi supaya terus lestari. Kajian menggalakkan lebih banyak kempen diadakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan pengamalan di kalangan pengguna Sabah.

Download Hit : 120

More Info | Full Paper


WACANA ISLAMOFOBIA DALAM MEDIA MALAYSIA: OBLIGASI, ISU-ISU DAN CABARAN

Lee Kuok Tiung, Aisah Meri, Siti Suriani Othman, Liana Bt. Mat Nayan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 6, 2018))

Publication Date : 2018-05-17

Keywords : islamofobia, pembingkaian, ekonomi politik, rasis, & masyarakat pluralistik

Abstract : Kajian ini bertujuan menganalisis komitmen dan usaha yang dilakukan oleh media di Malaysia untuk membendung penularan propaganda dan sentimen yang bermotif mengaibkan nama baik Islam dan Muslim di samping usaha-usaha meneutralkan sterotaip rasis tersebut dengan memberikan maklumat yang tepat berkenaan Islam dan Muslim. Hasil dapatan kajian melalui kaedah temubual mendalam dengan pengamal media dari beberapa buah akhbar arus perdana, stesen radio dan televisyen FTA terpilih telah merumuskan dasar dan polisi kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam secara sendirinya telah menyumbang kepada usaha-usaha untuk mengawal penularan gejala Islamofobia. Komitmen untuk menjelas, mendidik dan memberikan kefahaman yang tepat tentang ajaran Islam dan Muslim di Malaysia sentiasa ada terutama melalui saluran media kerajaan. Tidak dinafikan ada berlaku insiden-insiden yang secara mudahnya boleh dimanipulasi untuk mencetuskan persengketaan sesama rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan agama, tetapi media di Malaysia berjaya membantu mengawal dan meredakan keadaan. Kebanyakan usaha ini lahir daripada kesedaran tanggungjawab diri pengamal media di Malaysia untuk mengekalkan suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia. Keseluruhan senario ini turut menjadikan media di Malaysia sebagai sebuah model media negara Islam yang unik.

Download Hit : 223

More Info | Full Paper