Login

Forgot Password

Journal list

Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Belia dan Kelangsungan Hegemoni Barisan Nasional: Kajian Kes Pilihan Raya Umum 13 di Sabah

Eko Prayitno Joko, Zaini Othman, Saat Awg. Damit

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : Pilihan Raya Umum 13, Barisan Nasinal, Hegemoni, Golongan Belia, Negeri Sabah.

Abstract : Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, ternyata hegemoni Barisan Nasional yang selama ini tidak tercabar mula diruntuhkan. Barisan Nasional bukan sahaja kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang, tetapi juga dinafikan majoriti 2/3 Dewan Parlimen. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sabah, Barisan Nasional masih mengekalkan hegemoni kekuasaannya dan dianggap sebagai fix deposit bagi parti tersebut. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, tesis ini telah dicabar dengan argumen bahawa keberadaan golongan muda yang akan menentukan, bukan sahaja hegemoni BN di Sabah, tetapi juga pengekalan kuasa di Putrajaya. Justeru itu, artikel ini hadir untuk mengupas segala kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku dalam politik di Sabah dengan mengangkat isu-isu atau persoalan-persoalan utama yang membawa kepada penyertaan politik secara aktif dalam kalangan golongan muda Sabah dan seterusnya, adakah dengan isu-isu tersebut golongan ini masih memberi mandat sepenuh suara kepada BN memerintah di Sabah atau sebaliknya.

Download Hit : 870

More Info | Full Paper


KESAN SIARAN BERITA PERDANA TV3 KEPADA PENDUDUK DI DAERAH KUALA PENYU, SABAH.

Abdul Rashid Sallleh, Herry Rena Binti Kim Lee

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : Pengaruh, Siaran Berita Perdana TV3, Kebolehpercayaan, Kesan, Masyarakat Luar Bandar.

Abstract : Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesan siaran Berita Perdana TV3 kepada beberapa buah kawasan di daerah Kuala Penyu, Sabah. Kajian ini dijalankan kepada responden-responden yang telah dipilih berdasarkan beberapa mukim di daerah Kuala Penyu yang meliputi Kampung Kerukan, Kampung Kilugus, Kampung Tanjung Aru, Kampung Menumpang, Kampung Palu-Palu, Kampung Batu Empat, Pekan Menumbok dan Pekan Kuala Penyu. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kesan yang diterima oleh penduduk di sekitar daerah tersebut mengenai maklumat daripada siaran Berita Perdana TV3 sekaligus bagi mengenalipasti keberkesanan siaran Berita Perdana TV3 kepada masyarakat di daerah tersebut. Pada masa yang sama, kajian ini dapat menilai kebolehpercayaan maklumat yang diterima. Seramai 351 orang responden yang terdiri daripada lapan buah kawasan di daerah Kuala Penyu telah dipilih. Kajian ini juga dijalankan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan tinjauan dibuat dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa Siaran Berita Perdana TV3 banyak memberi kesan, ini dapat dilihat melalui pemilihan segmen siaran, pengaruh kepada tingkah laku masyarakat dan kebolehpercayaan terhadap maklumat yang diterima.

Download Hit : 857

More Info | Full Paper


TINJAUAN AWAL TEORI TANGGUNGJAWAB SOSIAL AKHBAR DALAM ANALISIS TAJUK UTAMA MUKA DEPAN BERITA HARIAN 2013

Norhuda Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : Teori Tanggung jawab sosial, kebebasan akhbar, fungsi akhbar, muka depan.

Abstract : Teori tanggungjawab sosial berteraskan kepada kebebasan adalah seiring dengan kewajipan namun ada larangan atau batasan dari sudut moral dan etika. Secara tuntasnya teori ini mempunyai asas yang sama dengan teori liberitarian yang berpegang kepada kebebasan akhbar. Akhbar bebas melaporkan kepada masyarakat apa jua kejadian yang difikirkan memberi manfaat namun pada masa sama turut dibebani tanggungjawab terhadap keselamatan, pembangunan dan pembentukan masyarakat tanpa prasangka dan niat buruk. Fungsi akhbar sebagai penyampai maklumat, tempat himpunan dan takungan idea serta perbincangan bertujuan mendatangkan impak positif kepada masyarakat. Sehubungan itu, penulisan ini mengetengahkan hasil kajian berhubung teori tanggungjawab sosial yang diimplementasikan dalam penghasilan berita oleh Berita Harian (BH). Kajian hanya melibatkan muka depan akhbar BH sahaja. Analisis dilakukan untuk tempoh 12 bulan bermula Januari 2013 hingga Disember 2013. Dapatan kajian dihuraikan mengikut

Download Hit : 641

More Info | Full Paper


Dakwah di Internet: Aplikasi Model Tetingkap Ekni (TtEKNI) ke atas wacana mesej dakwah di ‘group page’ Islamik Malaysia.

Syahruddin Hj. Awg. Ahmad & Mohd. Shaukhi Mohd. Radzi

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-27

Keywords : media sosial, Facebook, ‘group page’ Islamik, audien dakwah, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI)

Abstract : Keupayaan menyampaikan mesej dakwah menerusi pelbagai pendekatan adalah laluan pantas kepada pencapaian matlamat sesebuah kumpulan pendakwah. Lewat tahun 2015, fenomena dakwah di negara ini kelihatan sedang memasuki fasa transformasi daripada kaedah tradisi kepada satu kaedah yang lebih memudahkan capaian mesej dakwah itu sendiri. Ahli-ahli masyarakat berupaya memberikan maklumbalas terhadap kandungan bahan yang dikongsi. Sungguhpun begitu, terdapat tatacara dan pendekatan yang perlu diambilkira semasa menyampaikan pandangan dan memberikan maklumbalas dalam wacana ke atas mesej dakwah di laman sosial. Kesan langsung daripada pengabaian tatacara dan pendekatan dakwah ini boleh memberi kesan kepada audien dakwah dan agama Islam itu sendiri. Kajian ke atas laman kumpulan (‘group page’) di Facebook sebagai medium dakwah memperlihatkan kesungguhan masyarakat Islam untuk menegakkan syiar Islam begitu aktif kebelakangan ini. Media sosial yang kian mendapat tempat dalam kalangan warga negara ini malah juga penduduk seantero dunia berfungsi sebagai medium yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang atau kumpulan manusia lain pada satu-satu masa dengan tujuan yang tertentu. Pilihan untuk memuat naik maklumat dalam bentuk teks, pendapat, gambar dan bahan multimedia menjadikan ‘group page’ Islamik di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Wechat berguna kepada masyarakat khasnya umat Islam. Justeru, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI) oleh Syahruddin (2015) diaplikasikan bagi menzahirkan gambaran aktiviti wacana mesej dakwah di ‘group page’ Islamik yang dijayakan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pemilik ‘group page’ dan pengunjung ‘group page’ berkenaan. TtEKNI dapat memberikan gambaran tentang aktiviti wacana dari sudut ciri-ciri mesej dakwah yang dalam masa yang sama dapat merumuskan sikap, kelakuan dan kepercayaan seseorang yang berkongsi dan terdedah kepada mesej dakwah berkenaan.

Download Hit : 1329

More Info | Full Paper


Tahap Pengetahuan Rakyat Malaysia Terhadap Asas Agama-agama Dominan di Malaysia: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor

Muhammad Nazmi Abd Halim, Jaffary Awang & Muhammad Helmy bin Abdul Gapar

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-10-28

Keywords : : tahap pengetahuan, agama-agama dominan, multi-agama dan sosiologi agama

Abstract : Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki entiti masyarakat bersifat pluralistik. Ia terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk yang hidup bersama dengan kewujudan kepelbagaian agama dan kaum sejak sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Namun, spekulasinya adakah kebersamaan pelbagai komuniti kini yang mewarisi anutan bermacam ragam agama memiliki kadar pengetahuan yang baik serta memahami tentang asas agama-agama dominan di Malaysia. Oleh itu, kajian lapangan ini dilaksanakan bertujuan melakukan analisis terhadap sejauh manakah tahap pengetahuan masyarakat lokal terhadap agama-agama dominan di Malaysia khususnya di Negeri Kedah dan Selangor. Maka, kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 555 responden yang dipilih berdasarkan faktor agama dominan melibatkan penganut daripada agama Islam mewakili komuniti Muslim serta Buddha, Hindu dan Kristian yang mewakili komuniti Non-Muslim. Manakala, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan ujian statistik seperti Mann Whitney-U dan Kruskal Wallis-H digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan responden terhadap usul kajian yang dilakukan. Seterusnya, hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kalangan komuniti Muslim dan Non Muslim berada pada kadar tinggi meskipun terdapat perbezaan yang signifikan pada kadar Mann Whitney-U: (Z -2.548, p = .011). Sementara itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara komposisi etnik dan negeri yang terlibat dengan masing-masing mencatatkan kadar Kruskal Wallis-H: [x2 (1, N=555) = 6.146, p=.105] dan [x2 (1, N=555) = 0.907, p=.341]. Kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada bidang ilmu kerana penggunaan metodologi berbentuk kuantitatif berbeza dengan kebanyakan ujian sebelum ini secara kualitatif serta menghasilkan instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya. Analisis berdasarkan hasil kumpulan data soal selidik yang dianalisis melalui program SPSS daripada Kajian Isu Agama dan Hubungan Antara Muslim dan Non-Muslim: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor yang telah dijalankan pada tahun 2013-2015.

Download Hit : 1131

More Info | Full Paper


EFFECTIVE COMMUNICATION AND INTERDISCIPLANARY RESEARCH ON THE IDEA THAT SIZE MATTER FOR SAFER LOKAN DELICACIES IN SABAH

Diana Demiyah Mohd Hamdan, Rohana Tair, Rati Agong, Mohd Hamdan Adnan & Abdul Rashid Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-11-24

Keywords : Bivalves, Polymesoda expansa, Heavy Metals, Biomonitoring, Correlation Coefficient, Public Health, Communication.

Abstract : Many makeshift stalls have increased in numbers with the rise popularity of the grilled lokan along Sulaman Road near Kota Kinabalu better known as Salut. This development has helped increased the local community economy. For seafood only the species Polymesoda expansa of lokan is sold serving in three sizes: small(S), medium (M) and large (L). The study objective is to monitor the heavy metals concentration of lokan according to size and customer demand. Samples were analysed by Flame Atomic Adsorption Spectrometry (FAAS) individually. The results yielded the mean of heavy metals for Pb were 6.33±8.82S, 4.33±4.58M, 3.85±1.96L, for Cu were 15.96±16.86S, 11.41±10.60M, 6.61±5.66L, for Cr were 3.39±2.78S, 1.52±2.11M, 0.61±0.60L, for Cd were 1.90±1.00S, 1.35±1.34M, 0.70±0.38L, for Zn were 52.08±28.37S, 75.37±36.80M, 9 4.00±38.16L, respectively. The finding shows large size lokan contains less heavy metal than small size lokan except for Zn. Although larger lokan seem safer to eat, preliminary observation has shown that consumers prefer smaller lokan because it is cheaper than the larger ones. The study shows that most consumers are still unaware of the impact of heavy metals in lokan that they consume affecting their health adversely. There had been consumers that ate grilled lokan in the study area experiencing symptoms of heavy metals toxicity. It is believed that by favouring the larger and mature lokan will enable them to increase producing progenies for continuous abundant supply thus making it a sustainable income generation project. Changes of trend like consumers opting to eat large lokan because it is safer to consume will be an incentive for supplier to be more selective in harvesting bigger lokan. This study revealed that both sellers and consumers believe that an effective information campaigns can help not only for the safe consumption of lokan and other aquatic food from this area but also make their supply more sustainable. The findings of this study will be the basis for the formulating of the public health information campaign to all stakeholders with regards to safe lokan consumption and its sustainability.

Download Hit : 452

More Info | Full Paper


RADIO MALAYSIA SABAH: PENYAMPAIAN MESEJ PEMBANGUNAN, PERPADUAN ETNIK/KAUM DAN INTREGRASI NASIONAL DI DAERAH KOTA KINABALU DAN KOTA BELUD SABAH

Mahat Jamal & Abdul Rashid Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016)

Publication Date : 2016-11-24

Keywords : Pembangunan, perpaduan, intregrasi nasional, Sabah FM, Sabah VFM

Abstract : Kajian ini cuba mengenalpasti persepsi pendengar radio Sabah FM di Daerah Kota Kinabalu dan Daerah Kota Belud terhadap penyampaian mesej-mesej pembangunan, perpaduan etnik dan kaum dan integrasi nasional yang disiarkan melalui Sabah FM dan Sabah VFM. Sebanyak 780 responden telah ditemubual dalam tempoh satu bulan yang terdiri dari 387 responden di Daerah Kota Kinabalu dan 393 di Daerah Kota Belud. Penemuan kajian menunjukkan siaran puncak waktu pagi Segar Sabah fm, (6.00 pagi sehingga 10 pagi) menyiarkan mesej pembangunan sebanyak 48.7% berbanding 51.3% yang menyiarkan bahan lain. Bagi elemen perpaduan kaum/etnik pula, 55.7% responden bersetuju wujud siaran elemen berkenaan dalam segmen yang sama berbanding dengan 44.3% yang tidak bersetuju. Bagi elemen integrasi nasional pula sebanyak 46.6% responden bersetuju elemen berkenaan disiarkan dalam Segar Sabah fm berbanding dengan 53.4% yang berpendapat sebaliknya. Bagi Sabah VFM pula, kesemua siaran bahasa Dusun, Kadazan, Bajau, Murut, Cina dan Inggeris juga di dapati menyiarkan mesej-mesej pembangunan, perpaduan kaum/etnik di peringkat sederhana. Siaran Sabah FM perlu bersifat kreatif dalam menyiarkan mesej-mesej berbentuk pembangunan, perpaduan dan intregasi kaum dan wilayah kerana pendengar masa kini, khususnya belia lebih cendurung mendengar radio lain.

Download Hit : 742

More Info | Full Paper