Login

Forgot Password

Journal list

Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Perhubungan Raya Berkesan Meningkatkan Kesedaran Rakyat Sabah Kepada Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh Kerajaan

Mohd Hamdan Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : Kerajaan, maklumat, informasi, perhubungan raya, pembangunan, perkhidmatan, perhubungan raya dan pendapat umum/awam.

Abstract : Kertas kerja ini adalah hasil suatu kajian untuk mengetahui sama ada rakyat Sabah sebagai pengguna perkhidmatan dan kemudahan kerajaan sedar mengenai kewujudannya serta memiliki maklumat yang mencukupi terhadapnya serta penggunaan dan tahap kepuasan mereka mengenainya. Ia juga berusaha untuk mengetahui sama ada perhubungan raya kerajaan membantu memaklumkan kepada rakyat setiap perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Juga, kajian ini berusaha untuk memperoleh pendapat umum mengenai dan kesannya terhadap mereka. Kajian turut berusaha untuk menentukan media manakah yang paling berkesan dalam menggalakkan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan awam yang disediakan. Seterusnya, kajian mahu menentukan perkhidmatan dan kemudahan yang paling diperlukan serta yang sangat dihargai. Andaian kajian ini ialah kian banyak maklumat mengenai sesuatu perkhidmatan ini semakin ia disedari dan dihargai dan lebih digunakan. Ia juga mempercepatkan proses transformasi positif negara untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Maklumat atau informasi boleh diperoleh secara pendedahan kepada media dan pengalaman sendiri. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan rawak menggunakan soalan-soalan yang telah disediakan dan dianalisis menggunakan SPSS. Di antara penemuan tinjauan ini ialah hampir kesemua responden menyedari akan perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan di mana pengalaman sendiri menjadi sumber utama kepada pengetahuan atau pendapat mengenainya. Turut ditemui ialah responden yang cenderung untuk tidak berpuas hati atau lebih kritikal terhadap mutu kemudahan dan perkhidmatan yang sediakan oleh kerajaan adalah ahli-ahli parti pembangkang atau pertubuhan bukan kerajaan. Namun begitu, turut ditemui adalah tidak ramai responden yang menjadi ahli kepada parti politik mahu pun pertubuhan bukan kerajaan dengan hanya 18% mengaku sedemikian. Rumusan artikel ini adalah pihak kerajaan perlu meningkatkan lagi PR kerajaannya supaya setiap perkhidmatan dan kemudahannya lebih disedari,digunakan serta dihargai

Download Hit : 2856

More Info | Full Paper


Penjenamaan Rtm : Kajian Radio Rtm Sabah

Mahat Jamal

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : Penjenamaan RTM, dasar kerajaan, Radio RTM , RTM Sabah, audiens

Abstract : Penjenamaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru siaran dan program RTM supaya releven dalam perkembangan dunia penyiaran masa kini. Cabaran yang dihadapi oleh RTM tertumpuh kepada peranan dwifungsi utamanya iaitu tanggungjawab sebagai jabatan kerajaan di samping sebuah organisasi penyiaran yang perlu memenuhi citarasa audiens yang sentiasa berubah. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman audiens terhadap polisi dan dasar kerajaan disamping sajian hiburan yang sesuai kepaada masyarakat umum. Kertas ini membincangkan penjenamaan semula RTM secara besar-besaran pada 1 April 2005 dan kesannya terhadap pendengar radio di Sabah umumnya dan siaran radio RTM Sabah khususnya (Sabah fm, Sabah V fm, Sandakan fm dan Tawau fm) setelah 5 bulan dilaksanakan. Seramai 500 responden telah ditemuramah menggunakan kaedah borang soal selidik terhadap pendengar radio di Sabah termasuk radio RTM Sabah. Hasil kajian mendapati seramai 436 responden (87.2%) telah mendengar radio di Sabah. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 44% responden sedar berlakunya penjenamaan semula radio RTM dengan majoritinya memberi penilaian tinggi terhadap pembaharuan nama saluran (88%) berbanding dengan nama program (42.2%) dan lagu pengenalan (39.3%). Seramai 92.7% responden bersetuju bahawa penjenamaan semula radio RTM dapat menarik minat pendengar untuk mengikuti radio RTM walaupun telah wujud stesen-stesen radio swasta dan munculnya media baru yang memberikan saingan kepada siaran radio RTM Sabah.

Download Hit : 4043

More Info | Full Paper


Ulasan Buku: Media dan Masyarakat Muslim

Nordiana Zainuddin

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : ulasan buku

Abstract : ulasan buku : Mohd Yusof Hussain, Media dan Masyarakat Muslim, Pusat Kajian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2006, ISBN 983-3855-08-3, 259 muka surat.

Download Hit : 1342

More Info | Full Paper


Tepak Sirih: Interpretasi dan Persepsi Dalam Masyarakat Malaysia-Indonesia

Norhuda Salleh

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : tepak sirih, komunikasi, komunikasi bukan lisan

Abstract : Malaysia-Indonesia mempunyai pertalian daripada segi budaya semenjak sebelum zaman penjajahan asing di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sehubungan itu banyak warisan budaya kedua negara mempunyai persamaan samada daripada segi bentuk, penggunaan mahupun interpretasi serta persepsi masyarakatnya. Salah satu warisan budaya Malaysia-Indonesia yang banyak ditemui di muzium kedua-dua negara ialah tepak sirih. Penulisan ini mengenalpasti dan mengkaji peranan tepak sirih sebagai alat komunikasi bukan lisan dalam masyarakat Malaysia-Indonesia. Kajian hanya melibatkan penggunaan tepak sirih dalam adat perkahwinan masyarakat kedua negara sahaja. Kajian awal ini menggunakan kaedah analisa teks dan pemerhatian. Pada dasarnya adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia mempunyai maksud yang sama. Penggunaan tepak sirih dalam adat perkahwinan daripada segi bentuk dan material walaubagaimanapun menunjukkan perbezaan yang amat ketara. Contoh tepak sirih yang digunakan dalam adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia diperolehi daripada sumber muzium kedua-dua negara. Masyarakat Malaysia-Indonesia menjadikan tepak sirih sebagai sesuatu yang amat penting dalam pelaksanaan adat. Sehingga kini tepak sirih masih kekal berperanan dalam adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia. Pengekalan warisan budaya Malaysia-Indonesia ini terus diwarisi dan dipeihara serta dipulihara oleh pihak muzium kedua negara.

Download Hit : 4013

More Info | Full Paper


Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Faktor-Faktor Penentuan Kemenangan Di Sabah

Haji Mohd Hamdan Haji Adnan & Mahat Jamal

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-06-01

Keywords : sabah, pru13

Abstract : Persekitaran politik Sabah umumnya disifatkan sebagai bank pengundi atau “simpanan tetap” oleh Kerajaan Persekutuan atau Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan bahawa Sabah adalah “simpanan tetap” politik BN. Najib menyatakan akan memelihara dan menambahbaik “simpanan tetap” tersebut untuk memastikan BN terus berkuasa. Malahan Pakatan Rakyat (PR) juga mengiktirafnya dan cuba menjadikannya sebagai salah satu strategi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) dalam usaha mereka menawan Putrajaya. Di Sabah terdapat 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parliamen untuk ditandingi. Dalam PRU ke-12 tahun 2008 BN menang 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Bagaimanapun dengan keluarnya Parti Maju Sabah (SAPP) daripada BN menyebabkan BN kekurangan 2 kerusi Parlimen. Komposisi parti politik dalam DUN Sabah sebelum PRU ke-13 ialah BN 57 kerusi, SAPP 2 kerusi dan DAP 1 kerusi. Dalam PRU ke-13 BN mengekalkan 48 kerusi DUN, kalah 11 kerusi. PR memenangi 11 kerusi, dan parti baru tempatan Sabah, Parti Refomasi Negeri (State Reform Party, STAR) menang satu kerusi melalui Presidennya Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Sebuah lagi parti tempatan yang mempunyai dua kerusi sebelum PRU ke-13 tidak memenangi sebarang kerusi. Sangat menarik diperhatikan, parti pembangkang pada awalnya yakin mempunyai peluang menang lima puluh-lima puluh untuk menawan Sabah dalam memenuhi impian mereka membentuk Kerajaan Persekutuan. Semangat ini dikongsi bersama melalui blog-blog media sosial dalam internet. Bagaimanapun dengan promosi media perdana yang berterusan terhadap parti-parti pemerintah, gelombang kemenangan menyebelahi BN dibandingkan dengan PR. Kertas ini membincangkan strategi-strategi dan isu-isu yang digunakan parti-parti politik semasa PRU ke-13 di Sabah. Kertas ini juga melihat impak pencerobohan pengganas Suluk di Lahad Datu dan kecendorongan parti-parti politik mengeksploitasi insiden tersebut bagi manafaat politik mereka. Kajian ini menggunakan kaedah temuramah seramai 20 personaliti tempatan, 100 pelajar dan 100 pengundi di Kiulu, Tuaran. Dalam pertandingan kerusi DUN N. 12 Kiulu majoriti kemenangan BN hanya 44 undi dan pemenangnya dilabel sebagai YB 44 atau Yang Berhormat 44 atau Datuk 44.

Download Hit : 3992

More Info | Full Paper


Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja Malaysia

Haryati Abdul Karim

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-07-04

Keywords : Globalisasi, Identiti, Refleksiviti-diri, Media, Remaja

Abstract : Artikel ini menumpu kepada pembentukan identiti melalui penggunaan media di kalangan remaja dari pelbagai etnik ekoran daripada proses globalisasi. Selain itu, ia juga ingin melihat kedudukan etnisiti dan agama yang menjadi asas identiti budaya tempatan dalam kehidupan remaja dalam konteks globalisasi ekoran dari penggunaan media global. Dengan bersandarkan pada kerangka teoritikal yang melihat ‘identiti’ sebagai sesuatu yang bersifat mudah ubah dan fleksibel serta konsep reflexivity, artikel ini cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut. Dapatan yang diperolehi daripada 48 orang remaja Melayu, Cina, India dan Kadazandusun, melalui kaedah temubual kumpulan fokus serta tinjauan menggunakan kaedah Diari mendapati proses ‘refleksiviti-diri’ membawa kepada dua proses pembentukan identiti iaitu pengukuhan identiti budaya tempatan serta pengadunan nilai budaya global seperti liberalism sebagai sebahagian daripada identiti remaja. Apa yang signifikan di sini ialah bagaimana nilai liberalism yang disanjungi remaja dijadikan asas untuk mereka mempersoalkan pandangan dominan dalam negara.

Download Hit : 6997

More Info | Full Paper


Sepuluh Tahun Sabah dalam Malaysia: Satu Analisis Akhbar Tempatan

Abd. Latif Lai Abdullah & Haryati Abd. Karim

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 1,2014)

Publication Date : 2014-07-04

Keywords :

Abstract : Kertas kerja ini merupakan satu usaha awal untuk menilai ataupun menganalisis sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh akhbar tempatan dalam 10 tahun pertama (1964-1974) pembentukan Malaysia. Analisis dilakukan terhadap berita-berita muka depan akhbar Daily Express dan Kinabalu Sabah Times (The New Sabah Times). Dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar tempatan tidak berjaya memainkan peranan merapatkan hubungan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur. Apa yang berlaku, akhbar tempatan lebih mengutamakan berita politik antarabangsa serta berita sosial tempatan.

Download Hit : 4413

More Info | Full Paper