Login

Forgot Password

Journal list

Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

FUNGSI DAN PERANAN ESSCOM DALAM MENJAMIN KESELAMATAN SABAH: Satu Perbandingan Persepsi antara Komuniti ‘Luar’ dan Komuniti ESSZONE1

Ramli Dollah & Mohd Zambri Suharani

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-03-13

Keywords : ESSCOM, ESSZONE, keselamatan, Lahad Datu, komuniti, persepsi

Abstract : Makalah ini bertitik tolak daripada persoalan metedologi dan epistemologi dalam memahami persoalan keselamatan di negeri Sabah melalui penubuhan ESSCOM. Bagi mengatasi masalah ini, penulis cuba memberikan alternatif baru mengenai persoalan ini dengan menjelaskan isu ini daripada kacamata penduduk di lapangan. Dengan kata lain, makalah ini cuba untuk melihat persepsi komuniti di kawasan terpinggir dan kurang merupakan mendapat tempat di media massa dan media eltronik. Untuk tujuan tersebut, makalah ini melihat perbandingan persepsi ‘orang luar’ dan juga penduduk di Pantai Timur Sabah (atau dikenali sebagai komuniti ESSZONE) terhadap penubuhan dan fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk terutamanya di wilayah ESSZONE. Makalah memfokuskan kepada beberapa kawasan di gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu yang meliputi beberapa kawasan seperti Felda Sahabat, Lok Buani dan Tambisan. Makalah ini melihat bahawa ESSCOM ditubuhkan untuk menjamin keselamatan penduduk dalam komuniti ESSZONE. Oleh itu, apapun persepsi yang wujud mengenai penubuhan ESSCOM, makalah ini melihat ianya perlu dilihat dari perspektif ‘orang dalam’ iaitu komuniti ESSZONE sendiri. Makalah mendapati bahawa penubuhan ESSCOM adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit. Persepsi ini berbeza dengan persepsi sebahagian masyarakat luar yang melihat penubuhan ESSCOM sebagai satu ‘pembaziran’, ‘projek gajah putih’ dan ‘patut dibubarkan’. Dalam menyiapkan makalah ini, kombinasi kaedah temubual dan borang soal selidik sebagai sumber utama dalam mendapatkan data di samping kaedah penyelidikan arkib, internet dan perpustakaan digunakan bagi menyokong hujah yang dinyatakan.

Download Hit : 6298

More Info | Full Paper


Aplikasi Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat dalam Wacana di Laman Sosial dan Portal Berita

Syahruddin Hj. Awg. Ahmad

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-06

Keywords : bingkai diagnostic, prognostic dan motivational (DPM), justifikasi pendapat, proposisi bingkai DPM

Abstract : Foucault (1994) menyatakan bahawa wacana yang memuatkan konsep perlakuan lisan yang ideal berfungsi sebagai satu kaedah mempersembahkan aliran pemikiran yang boleh membantu seseorang ahli masyarakat menerapkan ideologi dan aspirasinya kepada ahli masyarakat yang lain mengikut konteks isu atau situasi semasa dalam masyarakat tersebut. Pandangan Foucault ini dipersetujui oleh Fairclough (2003) yang menjelaskan bahawa wacana mengikut konteks boleh menggunakan bahasa ujaran (lisan) dan komunikasi tanpa ujar (bukan lisan). Malah, Fairclough dan Wodak (1997) yakin bahawa wacana wujud dalam hampir semua situasi dan tujuan. Pandangan Fairclough dan Wodak ini selaras dengan aktiviti wacana di ruangan forum akaun Facebook Pemuda UMNO Malaysia dan dua portal berita iaitu Malaysiakini.com dan Harakahdaily.net. Ketiga-tiga ruangan forum ini diuji menggunakan Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat menggunakan pendekatan mengklasifikasikan data menggunakan deskriptor petunjuk corak dan aliran pendapat, menghuraikan proposisi bingkai diagnostic, prognostic dan motivational (DPM) dan justifikasi hujah pendapat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat pola ideologi dan tujuan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara dalam hampir setiap hujah pendapat yang dikemukakan oleh setiap peserta wacana di ruangan forum laman sosial dan portal berita.

Download Hit : 645

More Info | Full Paper


Survey Analysis on Universiti Malaysia Sabah Radio Campus (KKFM)

Mohd. Hamdan Hj. Adnan & Haji Mahat Jamal

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-06

Keywords : KKFM, Survey Analysis

Abstract : -

Download Hit : 537

More Info | Full Paper


Peranan Media Massa Memartabatkan Integriti Nasional

Mohd Hamdan Haji Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-06

Keywords : Media massa, majlis media, media sosial, integriti nasional dan reputasi

Abstract : Artikel ini membincangkan mengapa media massa perlu memelihara dan memartabatkan integriti nasional dan apakah padahnya jika ia tidak berfungsi sedemikian. Antara isu lain yang turut dibincangkan ialah pendekatan untuk memelihara integriti nasional, perundangan media massa yang mendukung usaha memartabatkan profesion kewartawanan, penubuhan majlis media dan peranan SUHAKAM selaku badan yang menjaga kebebasan bersuara serta membela kepentingan rakyat daripada sebarang penindasan terhadap hak asasi manusia.

Download Hit : 22403

More Info | Full Paper


Kajian Teori Transportasi ke Atas Pembacaan Novel dalam Kalangan Remaja

Fatimah Haji Saidin and Jamilah Haji Ahmad

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-10

Keywords : Novel, Teori Transportasi, Remaja, Kaedah Kualitatif, Analisis Tematik Collaizzi,Novel, Transportation Theory, Qualitative Methodology, Collaizzi Thematic Analysis.

Abstract : Teori Transportasi adalah perasaan kenikmatan yang menyumbang kepada keseronokan melalui media. Teori ini menerangkan mengenai kesan pemujukan dari penceritaan fiksyen dan bukan fiksyen dalam penulisan, percakapan dan sebarang format audio. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai pengalaman transportasi yang dialami oleh para pembaca novel dalam kalangan remaja dan melihat sejauh mana kesan transportasi ini memberi kesan terhadap perubahan diri remaja. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif separa berstruktur melalui temu bual secara mendalam. Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang remaja yang merupakan peminat novel tegar dan menganggotai kelab-kelab peminat novel. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah tematik Colaizzi (1978). Hasil kajian mendapati kesan akibat pembacaan novel adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Teori Transportasi Green dan Brock (2002) iaitu teori ini terpakai kepada majoriti pembaca novel dalam kalangan remaja di Malaysia, tetapi perbezaannya adalah dari segi tahap kesan terhadap peserta.
Transportation theory is defined as action that indulges into a story which contributes to excitement gain through media. This theory explains the effects of narrative persuasion in fiction and non-fiction writing, conversation and any form of audio format. The purpose of this study is to investigate youth transportation reading experience and also to examine the effects of transportation towards development of youth. Data was collected using qualitative methods through semi structured in-depth interview. The samples consist of ten novel avid readers who are also members of novel fan club. Data was then analysed using Colaizzi (1978) thematic analysis. The findings of this study support Green and Brock (2002) Transportation Theory assumptions that this theory applied to majority of young novel readers in Malaysia, however the discrepancies are from the level of effect toward participant.

Download Hit : 3430

More Info | Full Paper


Ulasan Buku: Kerajaan dan Perhubungan Awam Politik: Sebuah Mukadimah

Nordiana Zainuddin

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 2,2015)

Publication Date : 2015-05-15

Keywords : Ulasan Buku

Abstract : Mohd Hamdan Adnan, Kerajaan dan Perhubungan Awam Politik: Sebuah Mukadimah, University Publication Centre (UPENA), UiTM, 2010, ISBN 978-967-305-406-0, 350 muka surat.

Download Hit : 1320

More Info | Full Paper