Login

Forgot Password

Journal list

Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

ANALISIS METAFORA KONSEPSI KEMULIAAN MANUSIA DALAM SYAIR NASIHAT NUKILAN SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE - 28 : PERSPEKTIF AWALAN SEMANTIK KOGNITIF

Aini Hj Karim, Muhamad Fadzllah Hj Zaini

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Semantik, Metafora Konsepsi, Manusia, Kognitif, Kemuliaan

Abstract : Kajian linguistik dan sastera merupakan salah satu bidang baharu. Kajian ini bertujuan meneliti metafora sifat manusia dalam Syair Nasihat hasil nukilan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien. Metafora manusia yang memberi gambaran jelas kepada peranan dan fungsi setiap anugerah istimewa Allah SWT kepada manusia, akal dan anggota badan bersekali dengan intelektual (ilmu pengetahuan). Perkara ini membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Allah SWT telah mencipta manusia dengan kemuliaan. Berdasarkan Syair Nasihat ini, penulis menekankan beberapa perkara mengenai metafora kemuliaan manusia iaitu akal, mata, mulut, hidung, tangan, kaki, dan tertib hidup yang dapat membawa manusia mencapai kemuliaan hakiki sebagai khalifah di muka bumi. Syair Nasihat merupakan salah satu syair yang memerikan teladan manusia secara tidak langsung. Kajian ini menggunakan garapan Teori Metafora Konsepsi yang diperkenalkan oleh Lakoff (1993). Setiap analisis dijelaskan menerusi pandangan semantik kognitif. Teori ini membentuk pemetaan yang abstrak kepada konkrit bagi mendapatkan metafora konsepsi terhadap data yang dianalisis. Sekilas, semantik kognitif merupakan pendekatan yang bertunjangkan pengalaman lampau dan persekitaran semula jadi. Oleh hal demikian, kajian ini dibuat berdasarkan landasan semantik kognitif digarapkan dengan data sastera yang akan memerikan konseptualisasi metafora kemuliaan manusia terhadap bait syair yang dizahirkan.

Download Hit : 336

More Info | Full Paper


AMALAN PERHUBUNGAN AWAM BERKESAN MENJADIKAN PENDIDIK CERMELANG

Mohd Hamdan Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Imej, integriti, pendidik, perhubungan awam dan tanggungjawab sosial.

Abstract : Pendidik adalah kerjaya yang memerlukan citra positif atau nama baik yang lestari. Ini adalah kerana mereka sentiasa menjadi model bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakatnya. Bagi memastikan imej pendidik kekal baik mereka perlu sentiasa menjaga perilaku dan tindakan supaya tidak disalah anggap yang boleh menjejas imej positif yang dibina dan perlu dilestarikan. Dalam dunia kini kemahiran untuk mempamerkan perwatakan teladan yang hebat serta meningkatkan perkhidmatannya kian mencabar. Maka, artikel ini menyarankan kepentingan kemahiran perhubungan awam bagi pendidik. Perhubungan awam dalam artikel ini merujuk kepada kebijaksanaan berkomunikasi interaktif dan beretika serta membina dan melestarikan reputasi yang sesuai bagi seorang pendidik. Turut dibincangkan ialah prinsip perhubungan awam, peranan perhubungan awam pendidik dan cabaran dalam mengamalkan perhubungan awam.

Download Hit : 271

More Info | Full Paper


PERANAN MEDIA SEBAGAI PEMBENTUK SEMANGAT NASIONALISME DALAM KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DI ERA SEBELUM MERDEKA HINGGA KINI

Noor Zafira Mohd Shafie, Syahruddin Hj. Awg Ahmad

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Peranan Media, Semangat Nasionalisme, Pilihan Raya Umum, Pelaporan Berita, Kempen Pilihan Raya

Abstract : Kertas kerja ini mengemukakan perbincangan tentang peranan yang dimainkan oleh media tempatan khususnya media cetak dalam menerapkan semangat nasionalisme menerusi pelaporan berita ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijalankan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan hingga kini. Tumpuan analisis kandungan ke atas laporan berita tersebut adalah bagi mengetahui kewujudan elemen-elemen semangat nasionalisme baik dalam bentuk slogan mahu pun manifesto parti-parti yang bertanding dalam semua edisi PRU yang berkenaan. Selain itu, isu-isu nasionalisme yang menjadi topik utama dalam laporan berita turut dikupas. Penghujahan terhadap isu nasionalisme dalam bahan berita ini secara prinsip dapat menjelaskan fungsi media sebagai pembawa semangat nasionalisme dalam kempen pilihanraya. Justeru, dapatan kajian menunjukkan bahawa media tempatan sememangnya memainkan peranan penting dalam membawa serta membentuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. Kenyataan ini dapat dibuktikan menerusi pelaporan isu-isu yang berkisar soal kepentingan semangat cintakan negara, peranan tokoh dalam memperjuangkan kemerdekaan dan tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Download Hit : 974

More Info | Full Paper


PERLAKUAN PENGGUNA PENJAWAT AWAM SABAH DAN PENGGUNAAN INTERNET

Mohd Hamdan Haji Adnan

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : Penjawat awam, tabii pengguna, Internet, media sosial, atas talian, celik IT, budaya IT, e-Kerajaan, dan e-Dagang

Abstract : Penggunaan Internet, khasnya melalui media sosial telah membuat pengguna Malaysia kian menjadikan impian kerajaan Malaysia untuk melahirkan masyarakat cintakan teknologi informasi atau IT (Information technology) semakin nyata. Sejak budaya IT mula melanda dunia kerajaan Malaysia telah banyak berbelanja untuk mengadakan kempen “IT Budaya Kita” supaya rakyat Malaysia turut serta menyertainya supaya tidak ketinggalan dengan zaman dunia kian menjadi sejagat akibat perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang sangat pesat. Seiring dengan berbagai-bagai kempen IT Budaya Kita kerajaan telah memberi kelonggaran atau tiada cukai langsung bagi peralatan berkaitan IT seperti komputer dan telefon bimbit. Malah Kerajaan turut mensubsidi para pelajar pengajian tinggi untuk memiliki telefon bimbit pintar dan komputer. Serentak kerajaan memperkenalkan e-Kerajaan dan banyak perkhidmatan kerajaan kian boleh dibayar atas talian. Bermacam-macam kursus telah diadakan bagi memastikan penjawat awam mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna supaya citra baik pihak kerajaan dapat diperbaiki dan dilestarikan. Kajian ini ialah mengenai penggunaan Internet pejawat awam, kemahirann mereka menggunakannya, tempoh penggunaannya dan kesannya terhadap tabii mereka sebagai pengguna. Kaedah kajian ialah tinjauan pendapat secara rawak dengan menggunakan soalselidik yang telah disediakan. Seramai 316 penjawat awam dari 12 agensi kerajaan telah ditemu duga secara bersemuka pada bulan Disember 2016. Penemuan kajian mendapati bahawa hampir kesemua penjawat awam telah menggunakan Internet dan ia telah memberi kesan yang signifikan kepada tabii mereka sebagai pengguna sama ada positif atau negatif.

Download Hit : 2824

More Info | Full Paper


WACANA HEGEMONI DAN DASAR PEKERJA ASING DI MALAYSIA: Kajian kes ke atas persaingan elit pemerintah dan towkays di Sabah

Ramli Dollah, Kamarulnizam Abdullah

Volume : Jurnal Komunikasi Borneo(Vol 5, 2017)

Publication Date : 2017-06-20

Keywords : pekerja asing tanpa izin, hegemoni, dan dasar

Abstract : Isu pekerja asing tanpa izin bukanlah merupakan fenomena baru di negara ini dan di negeri Sabah khususnya kerana ianya telah ia telah menjadi salah satu trend utama dalam ekonomi negara sejak awal kemerdekaan. Malangnya, walaupun isu ini telah menjadi salah satu masalah yang besar kepada negara, kerajaan tidak pernah konsisten mengenai dasarnya mengenai pekerja asing tanpa izin ini. Oleh itu, makalah ini menghujahkan bahawa dasar awam, termasuk juga isu berkait dengan pekerja asing tanpa izin merupakan persaingan di antara dua entiti yang berbeza dalam menguasai ruang awam (public sphere). Oleh itu, kejayaan sesuatu dasar tersebut banyak dipengaruhi oleh sejauh mana pihak-pihak berkepentingan ini menguasai ruang discursive ini dan sejauh mana sesuatu wacana tersebut menjadi terlalu hegemoni sehinggakan ia sukar dicabar oleh wacana-wacana lain. Dalam hal ini, hanya satu bentuk wacana sahaja yang mendominasi ruang awam tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan isu pekerja asing tanpa izin di Sabah dan Malaysia amnya, makalah ini akan menjelaskan persoalan kenapa walaupun elit pemerintah berterusan menunjukkan matlamat negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, majoritinya adalah pekerja asing tanpa izin, hakikatnya kerajaan tidak pernah konsisten dalam dasarnya mengenai isu ini. Dalam hal ini, pengkaji menghujahkan bahawa kegagalan kerajaan dalam mewujudkan dasar yang konsisten ini kerana ia sering bertembung dengan kepentingan para majikan dan pemain ekonomi (atau dalam makalah ini disebut sebagai towkays). Kekuatan wacana oleh towkays ini banyak ditentukan oleh kemampuan pemain ekonomi ini untuk mengaitkan isu pekerja asing ini dan kepentingannya kepada ekonomi negara menyebabkan ia mampu wujud sebagai satu wacana yang hegemoni di ruang awam tersebut.

Download Hit : 987

More Info | Full Paper