Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Aplikasi Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat dalam Wacana di Laman Sosial dan Portal Berita
Download Hit
596
Abstract
Foucault (1994) menyatakan bahawa wacana yang memuatkan konsep perlakuan lisan yang ideal berfungsi sebagai satu kaedah mempersembahkan aliran pemikiran yang boleh membantu seseorang ahli masyarakat menerapkan ideologi dan aspirasinya kepada ahli masyarakat yang lain mengikut konteks isu atau situasi semasa dalam masyarakat tersebut. Pandangan Foucault ini dipersetujui oleh Fairclough (2003) yang menjelaskan bahawa wacana mengikut konteks boleh menggunakan bahasa ujaran (lisan) dan komunikasi tanpa ujar (bukan lisan). Malah, Fairclough dan Wodak (1997) yakin bahawa wacana wujud dalam hampir semua situasi dan tujuan. Pandangan Fairclough dan Wodak ini selaras dengan aktiviti wacana di ruangan forum akaun Facebook Pemuda UMNO Malaysia dan dua portal berita iaitu Malaysiakini.com dan Harakahdaily.net. Ketiga-tiga ruangan forum ini diuji menggunakan Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat menggunakan pendekatan mengklasifikasikan data menggunakan deskriptor petunjuk corak dan aliran pendapat, menghuraikan proposisi bingkai diagnostic, prognostic dan motivational (DPM) dan justifikasi hujah pendapat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat pola ideologi dan tujuan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara dalam hampir setiap hujah pendapat yang dikemukakan oleh setiap peserta wacana di ruangan forum laman sosial dan portal berita.
Download

About Author


Author Name
. Syahruddin Hj. Awg. Ahmad
Background
Website
Blog