Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Kajian Teori Transportasi ke Atas Pembacaan Novel dalam Kalangan Remaja
Download Hit
3234
Abstract
Teori Transportasi adalah perasaan kenikmatan yang menyumbang kepada keseronokan melalui media. Teori ini menerangkan mengenai kesan pemujukan dari penceritaan fiksyen dan bukan fiksyen dalam penulisan, percakapan dan sebarang format audio. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai pengalaman transportasi yang dialami oleh para pembaca novel dalam kalangan remaja dan melihat sejauh mana kesan transportasi ini memberi kesan terhadap perubahan diri remaja. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif separa berstruktur melalui temu bual secara mendalam. Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang remaja yang merupakan peminat novel tegar dan menganggotai kelab-kelab peminat novel. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah tematik Colaizzi (1978). Hasil kajian mendapati kesan akibat pembacaan novel adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Teori Transportasi Green dan Brock (2002) iaitu teori ini terpakai kepada majoriti pembaca novel dalam kalangan remaja di Malaysia, tetapi perbezaannya adalah dari segi tahap kesan terhadap peserta.
Transportation theory is defined as action that indulges into a story which contributes to excitement gain through media. This theory explains the effects of narrative persuasion in fiction and non-fiction writing, conversation and any form of audio format. The purpose of this study is to investigate youth transportation reading experience and also to examine the effects of transportation towards development of youth. Data was collected using qualitative methods through semi structured in-depth interview. The samples consist of ten novel avid readers who are also members of novel fan club. Data was then analysed using Colaizzi (1978) thematic analysis. The findings of this study support Green and Brock (2002) Transportation Theory assumptions that this theory applied to majority of young novel readers in Malaysia, however the discrepancies are from the level of effect toward participant.
Download

About Author


Author Name
. Fatimah Haji Saidin
Background
Website
Blog