Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Tabii Pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia Memuat Turun Bahan Internet & Implikasi Perundangannya
Download Hit
3455
Abstract
Artikel ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi para pelajar pusat pengajian tinggi dalam memuat turun bahan dari Internet. Turut dikaji ialah pemahaman mereka terhadap isu ciplak dan pelanggaran hak cipta. Seramai 400 pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dipilih menjadi responden secara rambang. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan dua versi set soal selidik dan dianalisis menggunakan applikasi SPSS 20.0. Analisis yang dibuat termasuklah ujian deskriptif, kecenderungan memusat dan Korelasi Pearson. Penemuan kajian menunjukkan faktor persekitaran merupakan rangsangan utama responen untuk memuat turun sesuatu bahan. Ini turut didorong oleh kemudahan teknologi yang ada serta kemahiran mereka untuk berbuat demikian. Dapatan kajian mendapati bahawa tiada korelasi yang signifikan di antara pengetahuan terhadap undang-undang hak cipta dan kekerapan kegiatan muat turun. Penemuan juga menunjukkan bahawa aktiviti memuat turun berterusan walaupun diketahui bahawa ia menyalahi akta hak cipta dan ada yang berasa serba salah kerana bertentangan dengan prinsip dan nilai moral yang dipegang oleh responden berkenaan.
Download

About Author


Author Name
DATO'. Mohd Hamdan Adnan
Background
Website
Blog