Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Semangat Patriotisme Melalui Lagu-Lagu Patriotik: Kajian Persepsi Beberapa Orang Belia di Kota Kinabalu, Sabah
Download Hit
3159
Abstract
Manisfestasi cintakan negara seringkali dipamerkan melalui pelbagai kaedah bagi melambangkan keterlibatan dan sumbangan warga masyarakat secara langsung atau sebaliknya dalam proses pembangunan negara. Lazimnya sumbangan masyarakat terhadap negara sering dituntut berbanding sumbangan negara terhadap masyarakat. Dalam hubungan ini, masyarakat belia yang acapkali disifatkan sebagai pelapis dan penggalas teraju kepimpinan negara tidak dinafikan mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat signifikan dalam mewarnai pembangunan negara. Makalah ini meninjau persepsi dan kefahaman belia terhadap semangat patriotisme yang diterapkan melalui lagu-lagu patriotik dalam pelbagai peringkat aktiviti dan program sosial. Data diperolehi melalui rujukan perpustakaan, sorotan literatur, maklumat siaran lagu-lagu patriotik radio RTM Sabah dan temubual beberapa orang belia. Kajian menunjukkan bahawa hampir semua daripada informan mula didedahkan dengan lagu-lagu patriotik semasa di sekolah rendah. Mereka juga menyedari terdapatnya siaran lagu-lagu patriotik melalui radio RTM, tetapi ada yang tidak mengikutinya. Bagaimanapun, kebanyakan informan bersetuju semangat patriotisme dan nasionalisme perlu disemai, dibaja, dipupuk dan dididik sejak peringkat pra-sekolah, membawa ke alam persekolahan sehingga ke Universiti. Justeru naluri kebanggaan terhadap maruah, jati diri dan cinta negara dapat dilestarikan hasil penghayatan budaya patriotisme melalui lagu-lagu patriotik. Kebanyakan informan juga berpendapat, siaran harian lagu-lagu patriotik melalui radio RTM dapat meningkatkan kecintaan terhadap negara dan menyarankan supaya stesen-stesen penyiaran swasta lain juga berbuat demikian agar budaya semangat patriotisme dan nasionalisme dapat diarusperdanakan sebagai sebahagian cara hidup masyarakat majmuk di Malaysia. Mereka juga mensyorkan agar ciptaan lagu-lagu patriotik diberi nafas baru dengan memasukkan unsur-unsur citarasa dan gerne gaya budaya belia masa kini.
Download

About Author


Author Name
HAJI . Mahat Jamal
Background
Website
Blog