Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Belia dan Kelangsungan Hegemoni Barisan Nasional: Kajian Kes Pilihan Raya Umum 13 di Sabah
Download Hit
1175
Abstract
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, ternyata hegemoni Barisan Nasional yang selama ini tidak tercabar mula diruntuhkan. Barisan Nasional bukan sahaja kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang, tetapi juga dinafikan majoriti 2/3 Dewan Parlimen. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sabah, Barisan Nasional masih mengekalkan hegemoni kekuasaannya dan dianggap sebagai fix deposit bagi parti tersebut. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, tesis ini telah dicabar dengan argumen bahawa keberadaan golongan muda yang akan menentukan, bukan sahaja hegemoni BN di Sabah, tetapi juga pengekalan kuasa di Putrajaya. Justeru itu, artikel ini hadir untuk mengupas segala kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku dalam politik di Sabah dengan mengangkat isu-isu atau persoalan-persoalan utama yang membawa kepada penyertaan politik secara aktif dalam kalangan golongan muda Sabah dan seterusnya, adakah dengan isu-isu tersebut golongan ini masih memberi mandat sepenuh suara kepada BN memerintah di Sabah atau sebaliknya.
Download

About Author


Author Name
. Eko Prayitno Joko
Background
Website
Blog