Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
KESAN SIARAN BERITA PERDANA TV3 KEPADA PENDUDUK DI DAERAH KUALA PENYU, SABAH.
Download Hit
1670
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesan siaran Berita Perdana TV3 kepada beberapa buah kawasan di daerah Kuala Penyu, Sabah. Kajian ini dijalankan kepada responden-responden yang telah dipilih berdasarkan beberapa mukim di daerah Kuala Penyu yang meliputi Kampung Kerukan, Kampung Kilugus, Kampung Tanjung Aru, Kampung Menumpang, Kampung Palu-Palu, Kampung Batu Empat, Pekan Menumbok dan Pekan Kuala Penyu. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kesan yang diterima oleh penduduk di sekitar daerah tersebut mengenai maklumat daripada siaran Berita Perdana TV3 sekaligus bagi mengenalipasti keberkesanan siaran Berita Perdana TV3 kepada masyarakat di daerah tersebut. Pada masa yang sama, kajian ini dapat menilai kebolehpercayaan maklumat yang diterima. Seramai 351 orang responden yang terdiri daripada lapan buah kawasan di daerah Kuala Penyu telah dipilih. Kajian ini juga dijalankan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan tinjauan dibuat dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa Siaran Berita Perdana TV3 banyak memberi kesan, ini dapat dilihat melalui pemilihan segmen siaran, pengaruh kepada tingkah laku masyarakat dan kebolehpercayaan terhadap maklumat yang diterima.
Download

About Author


Author Name
. Abdul Rashid Sallleh
Background
Website
Blog