Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Dakwah di Internet: Aplikasi Model Tetingkap Ekni (TtEKNI) ke atas wacana mesej dakwah di ‘group page’ Islamik Malaysia.
Download Hit
1331
Abstract
Keupayaan menyampaikan mesej dakwah menerusi pelbagai pendekatan adalah laluan pantas kepada pencapaian matlamat sesebuah kumpulan pendakwah. Lewat tahun 2015, fenomena dakwah di negara ini kelihatan sedang memasuki fasa transformasi daripada kaedah tradisi kepada satu kaedah yang lebih memudahkan capaian mesej dakwah itu sendiri. Ahli-ahli masyarakat berupaya memberikan maklumbalas terhadap kandungan bahan yang dikongsi. Sungguhpun begitu, terdapat tatacara dan pendekatan yang perlu diambilkira semasa menyampaikan pandangan dan memberikan maklumbalas dalam wacana ke atas mesej dakwah di laman sosial. Kesan langsung daripada pengabaian tatacara dan pendekatan dakwah ini boleh memberi kesan kepada audien dakwah dan agama Islam itu sendiri. Kajian ke atas laman kumpulan (‘group page’) di Facebook sebagai medium dakwah memperlihatkan kesungguhan masyarakat Islam untuk menegakkan syiar Islam begitu aktif kebelakangan ini. Media sosial yang kian mendapat tempat dalam kalangan warga negara ini malah juga penduduk seantero dunia berfungsi sebagai medium yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang atau kumpulan manusia lain pada satu-satu masa dengan tujuan yang tertentu. Pilihan untuk memuat naik maklumat dalam bentuk teks, pendapat, gambar dan bahan multimedia menjadikan ‘group page’ Islamik di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Wechat berguna kepada masyarakat khasnya umat Islam. Justeru, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI) oleh Syahruddin (2015) diaplikasikan bagi menzahirkan gambaran aktiviti wacana mesej dakwah di ‘group page’ Islamik yang dijayakan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pemilik ‘group page’ dan pengunjung ‘group page’ berkenaan. TtEKNI dapat memberikan gambaran tentang aktiviti wacana dari sudut ciri-ciri mesej dakwah yang dalam masa yang sama dapat merumuskan sikap, kelakuan dan kepercayaan seseorang yang berkongsi dan terdedah kepada mesej dakwah berkenaan.
Download

About Author


Author Name
. Syahruddin Hj. Awg. Ahmad
Background
Website
Blog