Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Tahap Pengetahuan Rakyat Malaysia Terhadap Asas Agama-agama Dominan di Malaysia: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor
Download Hit
4138
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki entiti masyarakat bersifat pluralistik. Ia terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk yang hidup bersama dengan kewujudan kepelbagaian agama dan kaum sejak sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Namun, spekulasinya adakah kebersamaan pelbagai komuniti kini yang mewarisi anutan bermacam ragam agama memiliki kadar pengetahuan yang baik serta memahami tentang asas agama-agama dominan di Malaysia. Oleh itu, kajian lapangan ini dilaksanakan bertujuan melakukan analisis terhadap sejauh manakah tahap pengetahuan masyarakat lokal terhadap agama-agama dominan di Malaysia khususnya di Negeri Kedah dan Selangor. Maka, kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 555 responden yang dipilih berdasarkan faktor agama dominan melibatkan penganut daripada agama Islam mewakili komuniti Muslim serta Buddha, Hindu dan Kristian yang mewakili komuniti Non-Muslim. Manakala, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan ujian statistik seperti Mann Whitney-U dan Kruskal Wallis-H digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan responden terhadap usul kajian yang dilakukan. Seterusnya, hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kalangan komuniti Muslim dan Non Muslim berada pada kadar tinggi meskipun terdapat perbezaan yang signifikan pada kadar Mann Whitney-U: (Z -2.548, p = .011). Sementara itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara komposisi etnik dan negeri yang terlibat dengan masing-masing mencatatkan kadar Kruskal Wallis-H: [x2 (1, N=555) = 6.146, p=.105] dan [x2 (1, N=555) = 0.907, p=.341]. Kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada bidang ilmu kerana penggunaan metodologi berbentuk kuantitatif berbeza dengan kebanyakan ujian sebelum ini secara kualitatif serta menghasilkan instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya. Analisis berdasarkan hasil kumpulan data soal selidik yang dianalisis melalui program SPSS daripada Kajian Isu Agama dan Hubungan Antara Muslim dan Non-Muslim: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor yang telah dijalankan pada tahun 2013-2015.
Download

About Author


Author Name
. Muhammad Nazmi Abd Halim
Background
Website
Blog