Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
RADIO MALAYSIA SABAH: PENYAMPAIAN MESEJ PEMBANGUNAN, PERPADUAN ETNIK/KAUM DAN INTREGRASI NASIONAL DI DAERAH KOTA KINABALU DAN KOTA BELUD SABAH
Download Hit
1273
Abstract
Kajian ini cuba mengenalpasti persepsi pendengar radio Sabah FM di Daerah Kota Kinabalu dan Daerah Kota Belud terhadap penyampaian mesej-mesej pembangunan, perpaduan etnik dan kaum dan integrasi nasional yang disiarkan melalui Sabah FM dan Sabah VFM. Sebanyak 780 responden telah ditemubual dalam tempoh satu bulan yang terdiri dari 387 responden di Daerah Kota Kinabalu dan 393 di Daerah Kota Belud. Penemuan kajian menunjukkan siaran puncak waktu pagi Segar Sabah fm, (6.00 pagi sehingga 10 pagi) menyiarkan mesej pembangunan sebanyak 48.7% berbanding 51.3% yang menyiarkan bahan lain. Bagi elemen perpaduan kaum/etnik pula, 55.7% responden bersetuju wujud siaran elemen berkenaan dalam segmen yang sama berbanding dengan 44.3% yang tidak bersetuju. Bagi elemen integrasi nasional pula sebanyak 46.6% responden bersetuju elemen berkenaan disiarkan dalam Segar Sabah fm berbanding dengan 53.4% yang berpendapat sebaliknya. Bagi Sabah VFM pula, kesemua siaran bahasa Dusun, Kadazan, Bajau, Murut, Cina dan Inggeris juga di dapati menyiarkan mesej-mesej pembangunan, perpaduan kaum/etnik di peringkat sederhana. Siaran Sabah FM perlu bersifat kreatif dalam menyiarkan mesej-mesej berbentuk pembangunan, perpaduan dan intregasi kaum dan wilayah kerana pendengar masa kini, khususnya belia lebih cendurung mendengar radio lain.
Download

About Author


Author Name
HAJI . Mahat Jamal
Background
Website
Blog