Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
ANALISIS METAFORA KONSEPSI KEMULIAAN MANUSIA DALAM SYAIR NASIHAT NUKILAN SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE - 28 : PERSPEKTIF AWALAN SEMANTIK KOGNITIF
Download Hit
256
Abstract
Kajian linguistik dan sastera merupakan salah satu bidang baharu. Kajian ini bertujuan meneliti metafora sifat manusia dalam Syair Nasihat hasil nukilan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien. Metafora manusia yang memberi gambaran jelas kepada peranan dan fungsi setiap anugerah istimewa Allah SWT kepada manusia, akal dan anggota badan bersekali dengan intelektual (ilmu pengetahuan). Perkara ini membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Allah SWT telah mencipta manusia dengan kemuliaan. Berdasarkan Syair Nasihat ini, penulis menekankan beberapa perkara mengenai metafora kemuliaan manusia iaitu akal, mata, mulut, hidung, tangan, kaki, dan tertib hidup yang dapat membawa manusia mencapai kemuliaan hakiki sebagai khalifah di muka bumi. Syair Nasihat merupakan salah satu syair yang memerikan teladan manusia secara tidak langsung. Kajian ini menggunakan garapan Teori Metafora Konsepsi yang diperkenalkan oleh Lakoff (1993). Setiap analisis dijelaskan menerusi pandangan semantik kognitif. Teori ini membentuk pemetaan yang abstrak kepada konkrit bagi mendapatkan metafora konsepsi terhadap data yang dianalisis. Sekilas, semantik kognitif merupakan pendekatan yang bertunjangkan pengalaman lampau dan persekitaran semula jadi. Oleh hal demikian, kajian ini dibuat berdasarkan landasan semantik kognitif digarapkan dengan data sastera yang akan memerikan konseptualisasi metafora kemuliaan manusia terhadap bait syair yang dizahirkan.
Download

About Author


Author Name
. Aini Hj Karim
Background
Website
Blog