Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
AMALAN PERHUBUNGAN AWAM BERKESAN MENJADIKAN PENDIDIK CERMELANG
Download Hit
270
Abstract
Pendidik adalah kerjaya yang memerlukan citra positif atau nama baik yang lestari. Ini adalah kerana mereka sentiasa menjadi model bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakatnya. Bagi memastikan imej pendidik kekal baik mereka perlu sentiasa menjaga perilaku dan tindakan supaya tidak disalah anggap yang boleh menjejas imej positif yang dibina dan perlu dilestarikan. Dalam dunia kini kemahiran untuk mempamerkan perwatakan teladan yang hebat serta meningkatkan perkhidmatannya kian mencabar. Maka, artikel ini menyarankan kepentingan kemahiran perhubungan awam bagi pendidik. Perhubungan awam dalam artikel ini merujuk kepada kebijaksanaan berkomunikasi interaktif dan beretika serta membina dan melestarikan reputasi yang sesuai bagi seorang pendidik. Turut dibincangkan ialah prinsip perhubungan awam, peranan perhubungan awam pendidik dan cabaran dalam mengamalkan perhubungan awam.
Download

About Author


Author Name
DATO'. Mohd Hamdan Adnan
Background
Website
Blog