Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
PERANAN MEDIA SEBAGAI PEMBENTUK SEMANGAT NASIONALISME DALAM KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DI ERA SEBELUM MERDEKA HINGGA KINI
Download Hit
478
Abstract
Kertas kerja ini mengemukakan perbincangan tentang peranan yang dimainkan oleh media tempatan khususnya media cetak dalam menerapkan semangat nasionalisme menerusi pelaporan berita ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijalankan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan hingga kini. Tumpuan analisis kandungan ke atas laporan berita tersebut adalah bagi mengetahui kewujudan elemen-elemen semangat nasionalisme baik dalam bentuk slogan mahu pun manifesto parti-parti yang bertanding dalam semua edisi PRU yang berkenaan. Selain itu, isu-isu nasionalisme yang menjadi topik utama dalam laporan berita turut dikupas. Penghujahan terhadap isu nasionalisme dalam bahan berita ini secara prinsip dapat menjelaskan fungsi media sebagai pembawa semangat nasionalisme dalam kempen pilihanraya. Justeru, dapatan kajian menunjukkan bahawa media tempatan sememangnya memainkan peranan penting dalam membawa serta membentuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. Kenyataan ini dapat dibuktikan menerusi pelaporan isu-isu yang berkisar soal kepentingan semangat cintakan negara, peranan tokoh dalam memperjuangkan kemerdekaan dan tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Download

About Author


Author Name
. Noor Zafira Mohd Shafie
Background
Website
Blog