Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
PERLAKUAN PENGGUNA PENJAWAT AWAM SABAH DAN PENGGUNAAN INTERNET
Download Hit
5788
Abstract
Penggunaan Internet, khasnya melalui media sosial telah membuat pengguna Malaysia kian menjadikan impian kerajaan Malaysia untuk melahirkan masyarakat cintakan teknologi informasi atau IT (Information technology) semakin nyata. Sejak budaya IT mula melanda dunia kerajaan Malaysia telah banyak berbelanja untuk mengadakan kempen “IT Budaya Kita” supaya rakyat Malaysia turut serta menyertainya supaya tidak ketinggalan dengan zaman dunia kian menjadi sejagat akibat perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang sangat pesat. Seiring dengan berbagai-bagai kempen IT Budaya Kita kerajaan telah memberi kelonggaran atau tiada cukai langsung bagi peralatan berkaitan IT seperti komputer dan telefon bimbit. Malah Kerajaan turut mensubsidi para pelajar pengajian tinggi untuk memiliki telefon bimbit pintar dan komputer. Serentak kerajaan memperkenalkan e-Kerajaan dan banyak perkhidmatan kerajaan kian boleh dibayar atas talian. Bermacam-macam kursus telah diadakan bagi memastikan penjawat awam mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna supaya citra baik pihak kerajaan dapat diperbaiki dan dilestarikan. Kajian ini ialah mengenai penggunaan Internet pejawat awam, kemahirann mereka menggunakannya, tempoh penggunaannya dan kesannya terhadap tabii mereka sebagai pengguna. Kaedah kajian ialah tinjauan pendapat secara rawak dengan menggunakan soalselidik yang telah disediakan. Seramai 316 penjawat awam dari 12 agensi kerajaan telah ditemu duga secara bersemuka pada bulan Disember 2016. Penemuan kajian mendapati bahawa hampir kesemua penjawat awam telah menggunakan Internet dan ia telah memberi kesan yang signifikan kepada tabii mereka sebagai pengguna sama ada positif atau negatif.
Download

About Author


Author Name
DATO'. Mohd Hamdan Adnan
Background
Website
Blog