Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
WACANA HEGEMONI DAN DASAR PEKERJA ASING DI MALAYSIA: Kajian kes ke atas persaingan elit pemerintah dan towkays di Sabah
Download Hit
1572
Abstract
Isu pekerja asing tanpa izin bukanlah merupakan fenomena baru di negara ini dan di negeri Sabah khususnya kerana ianya telah ia telah menjadi salah satu trend utama dalam ekonomi negara sejak awal kemerdekaan. Malangnya, walaupun isu ini telah menjadi salah satu masalah yang besar kepada negara, kerajaan tidak pernah konsisten mengenai dasarnya mengenai pekerja asing tanpa izin ini. Oleh itu, makalah ini menghujahkan bahawa dasar awam, termasuk juga isu berkait dengan pekerja asing tanpa izin merupakan persaingan di antara dua entiti yang berbeza dalam menguasai ruang awam (public sphere). Oleh itu, kejayaan sesuatu dasar tersebut banyak dipengaruhi oleh sejauh mana pihak-pihak berkepentingan ini menguasai ruang discursive ini dan sejauh mana sesuatu wacana tersebut menjadi terlalu hegemoni sehinggakan ia sukar dicabar oleh wacana-wacana lain. Dalam hal ini, hanya satu bentuk wacana sahaja yang mendominasi ruang awam tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan isu pekerja asing tanpa izin di Sabah dan Malaysia amnya, makalah ini akan menjelaskan persoalan kenapa walaupun elit pemerintah berterusan menunjukkan matlamat negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, majoritinya adalah pekerja asing tanpa izin, hakikatnya kerajaan tidak pernah konsisten dalam dasarnya mengenai isu ini. Dalam hal ini, pengkaji menghujahkan bahawa kegagalan kerajaan dalam mewujudkan dasar yang konsisten ini kerana ia sering bertembung dengan kepentingan para majikan dan pemain ekonomi (atau dalam makalah ini disebut sebagai towkays). Kekuatan wacana oleh towkays ini banyak ditentukan oleh kemampuan pemain ekonomi ini untuk mengaitkan isu pekerja asing ini dan kepentingannya kepada ekonomi negara menyebabkan ia mampu wujud sebagai satu wacana yang hegemoni di ruang awam tersebut.
Download

About Author


Author Name
ENCIK. Ramli Dollah
Background
Website
Blog