Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH
Download Hit
521
Abstract
Rumah adalah di antara keperluan paling asas bagi setiap manusia di dunia moden kini. Malangnnya, peluang dan kemampuan memiliki rumah kian sukar. Ini kerana permintaan untuk rumah melambung kerana jumlah penduduk semakin pesat meningka dan harga rumah kian mahal. Pelbagai alasan diberi oleh pihak pemaju dan yang berkuasa. Ia termasuk kos bahan binaan semakin mahal serta upah pekerja meningkat. Walaupun pihak berkuasa sering berjanji memastikan bekalan rumah yang mencukupi khasnya bagi pengguna pendapatan rendah dan sederhana realiti adalah sebaliknya. Bagi rumah murah atau mampu milik permintaan resminya adalah lebih daripada bekalan dan kualitinnya kerap menjadi rintihan. Institusi kewangan didapati lebih suka memberi pinjaman terhadap rumah mewah pulangan yang jauh lebih tinggi. Dasar membenarkan pemaju untuk menjual rumah sebelum membinanya turut merumitkan masalah memilik rumah sendiri. Tinjauan ini menemu duga 500 responden secara rambang di sekitar Kota Kinabalu, Sabah menggunakan borang soalselidik yang telah disediakan mengenai pandangan mereka terhadap isu perumhan di Sabah. Turut ditanya ialah sumber maklumat pengguna mengenai perumahan dan persepsi mereka. Juga, disoal ialah sumber maklumat mereka apabila mahu membeli rumah. Penemuan tinjauan ini mendapati umumnya pengguna merasa kecewa terhadap harga dan mutu rumah yang dibina oleh pemaju. Mereka juga merasakan pihak berkuasa tidak berupaya untuk melindungi pengguna dari pemaju yang tidak bertanggungjawab dan dasar perumahan adalah lebih berpihak kepada pihak peniaga. Dididapati maklumat mengenai perumahan adalah terhad. Ini termasuk panduan membeli rumah dan sumber pinjaman. Beberapa saranan telah diberikan responden untuk menyelesaikan masalah perumahan di Sabah.
Download

About Author


Author Name
DATO'. Mohd Hamdan Adnan
Background
Website
Blog