Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
KOMUNIKASI KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH
Download Hit
752
Abstract
Kemahiran berkomunikasi adalah antara kemahiran yang sangat penting dalam kepimpinan. Kepentingan komunikasi kepada kepimpinan telah ditegaskan oleh ramai sarjana. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan eksekutif kanan dalam pelbagai peringkat kepimpinan dalam semua industri secara konsisten menyenaraikan kemahiran komunikasi yang baik antara ciri paling penting yang diperlukan untuk kejayaan organisasi. Dalam keadaan yang lain, kegagalan pemimpin untuk mengendalikan komunikasi dengan betul dalam krisis boleh mengakibatkan kegagalan organisasi secara keseluruhan. Justeru adalah penting bagi setiap pemimpin untuk melihat komunikasi kepimpinan sebagai kritikal. Kajian ini bertujuan untuk mengukur hasil pelaksanaan peranan komunikasi kepimpinan oleh pemimpin sekolah. Penilaian dibuat oleh seramai 165 guru sekolah. Kajian mendapati peranan komunikasi yang paling kerap dilaksanakan pengetua/guru besar adalah sebagai pemberi makna (meaning-maker), penglipur lara (storyteller) dan pembimbing inovasi (innovation coach). Secara keseluruhannya, pemimpin sekolah kerap melaksanakan komunikasi yang berperanan sebagai juru bina komuniti kerja (community developer) berbanding sebagai peranan sebagai juru pandu arah (navigator) atau juara pembaharuan (renewal champion). Dapatan kajian membantu pemimpin sekolah untuk memahami fungsi komunikasi kepimpinan dalam konteks yang lebih luas dengan kepelbagaian peranan yang boleh dilaksanakan dalam berkomunikasi bagi membantu mereka melaksanakan tugas kepimpinan dengan lebih berkesan,
Download

About Author


Author Name
. Rosnah Ishak
Background
Website
Blog