Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
LIPUTAN RADIO PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH 1976: DI MANA SILAPNYA?
Download Hit
120
Abstract
Pilihan raya umum (PRU) bertujuan memberi peluang kepada rakyat sesebuah negara menggunakan hak mereka memilih kerajaan yang dipercayai boleh memerintah serta mampu memenuhi kehendak rakyat. Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah 1976 diadakan selama 10 hari mulai dari 5 April sehingga 14 April 1976. Pembubaran DUN Sabah dibuat pada 23 Januari 1976 sementara penamaan calon, 18 Mac 1976. Seramai 48 Ahli DUN Sabah dipilih untuk mengisi kerusi DUN Sabah berbanding 32 dalam PRU DUN Sabah terdahulu. Dalam PRU DUN 1976, Parti Perikatan the government of the day, USNO-SCA pemegang tampuk pemerintahan Sabah selama 13 tahun, kecundang di tangan parti baru setahun jagung, BERJAYA dengan mendapat 20 kerusi berbanding BERJAYA 28 kerusi. Makalah ini bertujuan untuk meninjau liputan program Radio Malaysia Sabah (RMS) terhadap PRU DUN Sabah 1976 dan faktor-faktor penyebab kekalahan parti pemerintah walaupun mendapat liputan sepenuhnya Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kajian kepustakaan, carian bahan arkib dan temu ramah terperinci beberapa informan utama terhadap program-program radio tahun 70an diaplikasikan untuk menyokong dapatan. Rata-rata informan berpendapat liputan RTM terhadap PRU DUN 1976 adalah wajar dan kekalahan parti pemerintah banyak disebabkan faktor-faktor lain
Download

About Author


Author Name
HAJI . Mahat Jamal
Background
Website
Blog