Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN HOTSPOT DI SABAH: SATU PENEMUAN
Download Hit
1322
Abstract
Masalah pelakuan jenayah bukan merupakan isu baru untuk diketengahkan, namun kadar peningkatannya telah menimbulkan kebimbangan kebanyakan pihak khususnya kepada bahan liputan media massa dan para ahli akademik pelbagai disiplin ilmu. Peningkatan fenomena pelakuan jenayah ini adalah seiring dengan kepesatan pembangunan sesebuah bandar. Perkara ini telah menimbulkan persoalan ke atas ketidakberkesanan pembenterasan masalah ini di peringkat penguatkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun masalah ini adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak. Kurangnya pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah dari kebanyakan disiplin ilmu khususnya bidang geografi antara penyumbang utama kepada kurang berkesannya pencegahan jenayah di peringkat akar umbi. Hal ini kerana, hanya bidang geografi sahaja yang menekankan penelitian ke atas sesuatu permasalahan secara ruangan dan bukan ruangan. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan hasil penyelidikan ke atas masalah pelakuan jenayah harta benda di Sabah bagi tempoh dua dekad iaitu 1990-2013 berasaskan pendekatan disiplin geografi. Kajian ini menggunakan kaedah kutipan data kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data persepsi pelakuan jenayah di kawasan hotspot kepada 1500 orang responde. Selain itu, kaedah temubual mendalam (Indepth Interview) dan tinjauan pakar (expert Survey) dilaksanakan bersama pihak PDRM bagi mendapatkan bahan-bahan laporan statistik jenayah di Sabah. Berdasarkan kepada dapatan kajian menunjukkan bahawa Bandaraya Kota Kinabalu mencatatkan kadar jenayah harta benda paling tinggi berbanding di Daerah Penampang, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau. Bagi memudahkan konteks perbincangan kertas kerja ini, pelakuan jenayah di Sabah ditelitikan dari aspek pola pelakuan jenayah dan pelbagai dimensi trend jenayah di lima daerah hotspot pelakuan jenayah di Sabah.
Download

About Author


Author Name
-. Ahmad Tarmizi Abd Rahman
Background
Website
Blog