Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
PEMAPARAN BERITA PERUBAHAN IKLIM DALAM MALAYSIAKINI, THE MALAY MAIL ONLINE DAN FREE MALAYSIA TODAY
Download Hit
217
Abstract
Perjanjian Paris yang berlangsung pada 12 Disember 2015 dengan matlamat untuk memperlahan pemanasan global dan mengawal perubahan iklim telah menyebabkan isu perubahan iklim kembali hangat dibahaskan oleh media tempatan. Rentetan daripada Perjanjian Paris 2015, kajian ini telah dilaksanakan untuk menilai pemaparan berita perubahan iklim dalam tiga media dalam talian terpilih Malaysia iaitu MalaysiaKini, The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today. Bagi tujuan kajian ini, analisis kandungan dilakukan ke atas 137 buah berita perubahan iklim yang dipaparkan oleh ketiga-tiga akhbar dalam talian berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa The Malay Mail Online lebih banyak memaparkan berita perubahan iklim berbanding MalaysiaKini dan Free Malaysia Today. Selain itu, Free Malaysia Today lebih banyak memaparkan tema politik bagi berita perubahan iklim manakala The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today adalah berfokuskan pada perbahasan tema alam sekitar sekaligus membuktikan terdapat perbezaan dalam penetapan agenda berita perubahan iklim antara ketiga-tiga media ini. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga media banyak menggunakan imej dalam pelaporan berita perubahan iklim mereka.
Download

About Author


Author Name
. Tan Kwang Shean
Background
Website
Blog