Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
HUBUNGAN IKLIM SEKOLAH TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU TINGKATAN 6 ZON PANTAI TIMUR SABAH
Download Hit
124
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan mengetahui tahap kepuasan kerja guru tingkatan 6 di zon pantai timur Sabah. Tahap kepuasan kerja sebagai pemboleh ubah bersandar dan iklim sekolah merupakan pemboleh ubah tidak bersandar yang terdiri daripada domain persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen iaitu soal selidik. Populasi guru tingkatan enam Zon Pantai Timur Sabah adalah seramai 399 orang guru. Kajian yang dijalankan melibatkan sampel seramai 196 orang guru tingkatan 6 yang terdiri daripada sekolah daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi 21.0 untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Dapatan kajian menunjukan tahap kepuasan kerja guru tingkatan 6 zon pantai timur Sabah adalah berada pada tahap yang sederhana. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji agar kemudahan dan hubungan perseorangan dalam organisasi sekolah khasnya dapat ditingkatkan bagi menjamin kepuasan kerja guru.
Download

About Author


Author Name
. Nurjannah F.A Kariming
Background
Website
Blog