Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Tepak Sirih: Interpretasi dan Persepsi Dalam Masyarakat Malaysia-Indonesia
Download Hit
3718
Abstract
Malaysia-Indonesia mempunyai pertalian daripada segi budaya semenjak sebelum zaman penjajahan asing di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sehubungan itu banyak warisan budaya kedua negara mempunyai persamaan samada daripada segi bentuk, penggunaan mahupun interpretasi serta persepsi masyarakatnya. Salah satu warisan budaya Malaysia-Indonesia yang banyak ditemui di muzium kedua-dua negara ialah tepak sirih. Penulisan ini mengenalpasti dan mengkaji peranan tepak sirih sebagai alat komunikasi bukan lisan dalam masyarakat Malaysia-Indonesia. Kajian hanya melibatkan penggunaan tepak sirih dalam adat perkahwinan masyarakat kedua negara sahaja. Kajian awal ini menggunakan kaedah analisa teks dan pemerhatian. Pada dasarnya adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia mempunyai maksud yang sama. Penggunaan tepak sirih dalam adat perkahwinan daripada segi bentuk dan material walaubagaimanapun menunjukkan perbezaan yang amat ketara. Contoh tepak sirih yang digunakan dalam adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia diperolehi daripada sumber muzium kedua-dua negara. Masyarakat Malaysia-Indonesia menjadikan tepak sirih sebagai sesuatu yang amat penting dalam pelaksanaan adat. Sehingga kini tepak sirih masih kekal berperanan dalam adat perkahwinan masyarakat Malaysia-Indonesia. Pengekalan warisan budaya Malaysia-Indonesia ini terus diwarisi dan dipeihara serta dipulihara oleh pihak muzium kedua negara.
Download

About Author


Author Name
Puan. Norhuda Salleh
Background
Website
Blog