Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
KEFAHAMAN DAN AMALAN KEPENGGUNAAN HIJAU DI KALANGAN PENGGUNA SABAH DAN PERANAN KOMUNIKASI
Download Hit
261
Abstract
Dunia kini kian diancam oleh masalah alam sekitar yang semakin teruk yang sebahagian besarnya dikaitkan dengan penggunaan berlebihan manusia. Padah penggunaan berlebihan yang tidak mesra alam dikatakan telah mengakibatkan iklim menjadi tidak menentu, suhu bumi meningkat dan mutu alam sekitar terus merosot. Hampir kesemua negara terpaksa mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini yang termasuk penubuhan badan global dan perjanjianperjanjian antarabangsa. Setiap negara digalakkan untuk mengamalkan pembangunan lestari dan mengadakan program pendidikan pengguna. Malaysia turut terlibat dalam perjanjian dan tindakan menyelamatkan bumi dari ancaman kemusnahan alam sekitar serta meningkatkan usaha pendidikan pengguna. Rakyat di galak mengamalkan gaya hidup lestari atau mesra alam atau penggunaan hijau. Tinjauan ini adalah mengenai tahap kefahaman pengguna di Sabah terhadap penggunaan mesra alam dan amalan mereka. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan pendapat dan responden dipilih secara rambang di seluruh negeri Sabah. Seramai 500 responden dari berbagai-bagai kaum, tahap pendidikan dan kawasan telah ditemu duga secara bersemuka menggunakan borang soal selidik oleh 74 pelajar Program Komunikasi Tahun Ketiga 2016/2017 Universiti Malaysia Sabah pada awal tahun 2017. Penemuan menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan amalan pengguna di Sabah terhadap kepenggunaan hijau adalah sederhana. Namun begitu, hampir kesemua responden mengakui bahawa pengamalan penggunaan hijau adalah wajib bagi memelihara bumi supaya terus lestari. Kajian menggalakkan lebih banyak kempen diadakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan pengamalan di kalangan pengguna Sabah.
Download

About Author


Author Name
DATO'. Mohd Hamdan Adnan
Background
Website
Blog