Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
WACANA ISLAMOFOBIA DALAM MEDIA MALAYSIA: OBLIGASI, ISU-ISU DAN CABARAN
Download Hit
223
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis komitmen dan usaha yang dilakukan oleh media di Malaysia untuk membendung penularan propaganda dan sentimen yang bermotif mengaibkan nama baik Islam dan Muslim di samping usaha-usaha meneutralkan sterotaip rasis tersebut dengan memberikan maklumat yang tepat berkenaan Islam dan Muslim. Hasil dapatan kajian melalui kaedah temubual mendalam dengan pengamal media dari beberapa buah akhbar arus perdana, stesen radio dan televisyen FTA terpilih telah merumuskan dasar dan polisi kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam secara sendirinya telah menyumbang kepada usaha-usaha untuk mengawal penularan gejala Islamofobia. Komitmen untuk menjelas, mendidik dan memberikan kefahaman yang tepat tentang ajaran Islam dan Muslim di Malaysia sentiasa ada terutama melalui saluran media kerajaan. Tidak dinafikan ada berlaku insiden-insiden yang secara mudahnya boleh dimanipulasi untuk mencetuskan persengketaan sesama rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan agama, tetapi media di Malaysia berjaya membantu mengawal dan meredakan keadaan. Kebanyakan usaha ini lahir daripada kesedaran tanggungjawab diri pengamal media di Malaysia untuk mengekalkan suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia. Keseluruhan senario ini turut menjadikan media di Malaysia sebagai sebuah model media negara Islam yang unik.
Download

About Author


Author Name
. Lee Kuok Tiung
Background
Website
Blog