Login

Forgot Password

Journal Detail


Journal Title
Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja Malaysia
Download Hit
6108
Abstract
Artikel ini menumpu kepada pembentukan identiti melalui penggunaan media di kalangan remaja dari pelbagai etnik ekoran daripada proses globalisasi. Selain itu, ia juga ingin melihat kedudukan etnisiti dan agama yang menjadi asas identiti budaya tempatan dalam kehidupan remaja dalam konteks globalisasi ekoran dari penggunaan media global. Dengan bersandarkan pada kerangka teoritikal yang melihat ‘identiti’ sebagai sesuatu yang bersifat mudah ubah dan fleksibel serta konsep reflexivity, artikel ini cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut. Dapatan yang diperolehi daripada 48 orang remaja Melayu, Cina, India dan Kadazandusun, melalui kaedah temubual kumpulan fokus serta tinjauan menggunakan kaedah Diari mendapati proses ‘refleksiviti-diri’ membawa kepada dua proses pembentukan identiti iaitu pengukuhan identiti budaya tempatan serta pengadunan nilai budaya global seperti liberalism sebagai sebahagian daripada identiti remaja. Apa yang signifikan di sini ialah bagaimana nilai liberalism yang disanjungi remaja dijadikan asas untuk mereka mempersoalkan pandangan dominan dalam negara.
Download

About Author


Author Name
Dr. Haryati Abdul Karim
Background
Website
Blog